Balu allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali berkongsi sekeping foto yang cukup menjentik rasa.

Anak tunggal allahyarham, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey dilihat sedang lena beradu diselimuti sehelai baju kepunyaan arwah bapanya.

Jelas Hidayah, baju itu sentiasa menjadi selimut Hamzah.

“Tidur lena2 ye syg ibu. Baju arwah ayah jd selimut Hamzah sentiasa.

IKLAN

“Alfatihah (dlmbacaan) buat Arwahyarham suamiku Syed Umar Mokhtar,” kongsi Hidayah.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Hamzah membesar menjadi anak soleh.

IKLAN

“Jadi Selimut…,” – Hamzah Tidur Lena Dalam Dakapan Baju Arwah Bapa, Balu Allahyarham Abam Bocey Kongsi Cerita “Jadi Selimut…,” – Hamzah Tidur Lena Dalam Dakapan Baju Arwah Bapa, Balu Allahyarham Abam Bocey Kongsi Cerita

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.

IKLAN

Jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia sepuluh bulan.

Foto: Instagram Hidayah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI