Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Selasa lalu sekitar jam 10.45 malam.
Menurut Neelofa, bayi lelaki yang belum diberikan nama itu kini berada dalam keadaan sihat.
“Tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.
Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa,” katanya.
Baik Neelofa, suaminya Haris Ismail juga mengharapkan agar permata hati membesar sebagai anak yang soleh.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang, amin!
“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya, Insya-Allah,” katanya lagi.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Neelofa turut memaklumkan mereka bakal berkongsi nama anak keduanya menjelang tujuh hari kelahiran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fify Azmi yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) lalu tidak menafikan Mimi Lana sebagai pesaing terdekatnya yang tercalon dalam kategori berkenaan.
Meski calon lain tidak kurang hebatnya, namun Fify atau nama sebenar, Nur Afiqah Mohamed Azmi, 31, melihat kualiti lakonan yang dibawa Mimi menerusi filem Pusaka cukup baik.
“Saya memang ingatkan Mimi Lana akan menang kerana bagi saya, dia seorang pelakon yang sangat hebat dan layak untuk menerima anugerah ini.
“Dia juga dikenali dan berbakat. Saya suka caranya bawa diri dalam industri. Malah saya turut tonton Pusaka di pawagam. Suka dengan lakonan Mimi.
“Apapun, semua yang tercalon pun memang ‘power’. Jadi bila bawa pulang trofi ini, pada awalnya saya tidak percaya juga,” katanya sejurus sidang media FFM31 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Bekas peserta Dewi Remaja sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid itu menerima anugerah tersebut menerusi filem Wira.
Atas kejayaan yang diraih, Fify turut menjadikan kemenangan tersebut sebagai pembakar semangat buatnya untuk terus berkarya dalam industri seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling kini sukses mencipta nama di Indonesia selepas terlibat menerusi filem sulung arahan Baim Wong, Lembayung yang bakal ditayangkan secara rasmi di Indonesia bermula semalam.
Kejayaan tersebut bukan sahaja memperkukuhkan namanya di negara Seberang, malah turut membuka lebih banyak peluang mengembangkan bakat.
Jelas Anna, selepas pembabitannya dalam Lembayung, dia menerima tiga tawaran filem baharu daripada produksi Indonesia.
“Saya sangat terharu dan bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh industri perfileman Indonesia.
“Selepas filem Lembayung, saya tidak menyangka akan menerima tawaran filem daripada tiga produksi berbeza di sini. Ini adalah peluang besar untuk saya kembangkan bakat dan karier di Indonesia,” katanya.
Pelakon yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus ini turut berterima kasih kepada Baim Wong kerana membuka jalan untuknya di Indonesia.
Menurut Anna, tanpa sokongan dan bimbingan Baim, peluang seperti ini mungkin sukar untuk dicapai.
“Baim bukan sahaja seorang pengarah yang berbakat, tetapi juga seorang mentor yang banyak membantu saya.
“Saya berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam projek yang besar seperti ini. Dia benar-benar membuka pintu rezeki untuk saya di Indonesia,” tambahnya lagi.
Menyentuh mengenai pengalamannya pada tayangan perdana filem Lembayung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, Anna melahirkan rasa teruja apabila dikerumuni para peminat Indonesia yang menyambut kehadirannya.
“Saya tidak pernah membayangkan sambutan hangat seperti ini. Pemain industri di sini sangat profesional dan peminat pula sangat penyayang. Mereka sangat menghargai saya, dan saya rasa sangat gembira dan bersyukur,” katanya.
Lebih mengujakan, pada majlis tayangan perdana itu, peminat-peminat yang hadir turut meraikan ulang tahun Anna yang ke-24.
“Saya sangat terharu apabila peminat-peminat di sini bukan sahaja menyokong kerjaya saya tetapi juga meluangkan masa untuk meraikan hari lahir saya. Ia adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan,” katanya lagi.
Selain sambutan daripada peminat, Anna juga berpeluang bertemu dengan beberapa nama besar dalam industri perfileman Indonesia. Christine Hakim, Prilly Latuconsina, Giorgino Abraham dan ramai lagi bintang terkenal turut hadir pada majlis tayangan tersebut.
“Saya berharap dapat memberikan lebih banyak karya yang bermutu, bukan sahaja kepada peminat di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
“Ini adalah fasa baru dalam karier saya dan saya akan terus bekerja keras untuk mencapai kejayaan yang lebih besar,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini