Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video melibatkan penyanyi, Baby Shima yang didakwa telah mempersenda tokoh orang kelainan upaya (OKU), Zhariff Affandi di aplikasi TikTok.

Video yang telah pun tersebar di seluruh platform media sosial itu nyata mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan Shima seolah-olah tidak sensitif dan biadap.

“Jadikan Sebagai Pengajaran, Akan Lebih Berhati-Hati,” – Tiada Niat Persenda, Baby Shima Mohon Maaf Pada Zhariff Affandi

Menerusi perkongsian di Instagram pada petang Isnin, Shima telah pun tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut dan mengakui akan kesilapannya itu.

Jelas penyanyi berusia 28 tahun itu lagi, dia sebenarnya tidak mempunyai niat untuk bersikap biadap kerana pada awalnya dia sendiri tidak tahu individu berkenaan merupakan seorang insan istimewa.

“Assalammualaikum..Pertama kali Shima nak jelaskan tentang video yang viral di perkatan ketika ini.

Ads

“Benda ni berlaku dalam 4 hari lepas, Shima ada ternampak video tu, Shima tak tahu yang insan tu oku. Jadi Shima saje-saje buat konten, selepas 30 minutes upload Shima tengok komen yang menyatakan insan tersebut Oku.

“Dan shima segera cek kesahihanya dan shima pun padam video tersebut dengan rasa penyesalan. Sumpah Demi Allah Shima tak de niat langsung mempersendakan beliau,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama, penyayi lagu Pura-Pura Bujang ini turut berkongsi rakaman video permohonan maaf yang dibuat menerusi panggilan telefon bersama Zhariff .

“Jadikan Sebagai Pengajaran, Akan Lebih Berhati-Hati,” – Tiada Niat Persenda, Baby Shima Mohon Maaf Pada Zhariff Affandi “Jadikan Sebagai Pengajaran, Akan Lebih Berhati-Hati,” – Tiada Niat Persenda, Baby Shima Mohon Maaf Pada Zhariff Affandi

Ads

Malah, Shima turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang dilihat sengaja menyebarluaskan lagi video tersebut bagi mengeruhkan lagi keadaan.

“Tetapi ada orang ni sempat rakam dan upload kat Twitter video ni, tak tahu apa tujuan orang tu buat, mungkin nak mengeruhkan lagi keadaan.

“Bagaimanapun Shima ambil kesempatan ini untuk memohan maaf, dan Shima telah pun dah bercakap dengan abang @zhariff_afandi tadi.

Ads

“Insyallah shima akan ambil ini jadikan sebagai pengajaran buat diri Shima dan shima akan lebih berhati-hati lagi,” jelasnya lagi.

“Jadikan Sebagai Pengajaran, Akan Lebih Berhati-Hati,” – Tiada Niat Persenda, Baby Shima Mohon Maaf Pada Zhariff Affandi

Dalam pada itu, Shima turut berjanji yang dia akan lebih berhati-hati lagi selepas ini dalam setiap pemilihan konten di platform media sosial.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai selain turut berharap agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“Jadikan Sebagai Pengajaran, Akan Lebih Berhati-Hati,” – Tiada Niat Persenda, Baby Shima Mohon Maaf Pada Zhariff Affandi “Jadikan Sebagai Pengajaran, Akan Lebih Berhati-Hati,” – Tiada Niat Persenda, Baby Shima Mohon Maaf Pada Zhariff Affandi “Jadikan Sebagai Pengajaran, Akan Lebih Berhati-Hati,” – Tiada Niat Persenda, Baby Shima Mohon Maaf Pada Zhariff Affandi

Sumber: Instagram Baby Shima

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI