Setiap ibu, pasti menginginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Begitu juga dengan pelakon, Amyra Rosli.
Menerusi perkongsian di Instagram, Amyra dilihat ada menitipkan pesanan buat anak lelakinya, Aqeef Anaqi.
Jelas isteri kepada pelakon, Amar Baharin itu lagi, dia berharap agar anaknya itu sentiasa diberikan kekuatan dan pentunjuk untuk segala ujian di muka bumi ini.
“Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya.
“Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH,” kongsinya.
Dalam pada itu, Amyra turut mengingatkan anaknya supaya tidak jauh daripada ajaran agama.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat tersebut selain turut mendoakan semoga Anaqi menjadi anak yang soleh.
Terdahulu, Amyra dan Amar telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 11 November 2016.
Selain Anaqi, pasangan ini turut memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari lalu.
Sumber: Instagram Aamyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Duo pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini enggan mencampuri kontroversi serta urusan peribadi melibatkan pasangan selebriti Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah yang menjadi antara wajah untuk koleksi Raya 2024 RR By Rizman Ruzaini.
Menurut Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin, meskipun jenama mereka turut terkena tempias, namun, dia tidak mahu terlalu memberikan fokus terhadap perkara itu.
“Saya sebenarnya memang tak nak campur dalam hal ini. Sejak dahulu lagi, kami akan cuba elak daripada sebarang kontroversi. Kami hanya buat kerja kami sahaja.
“Ketika ini, memang ada beberapa komen negatif di Instagram tapi saya memilih untuk padam dan sekat individu tersebut.
“Pada saya, platform media sosial itu merupakan rumah kami. Kalau ada yang datang mencemarkan rumah kita, itu sahaja jalannya,” katanya kepada MH.
Rizman berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Berbuka RR By Rizman Ruzaini di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Ditanya sama ada mereka akan meneruskan kerjasama dengan Aliff dan Bella selepas ini, Rizman mendedahkan pihaknya sudah mempunyai perancangan yang telah diatur lebih awal.
“Kami hanya bekerjasama (dengan Aliff) ketika sesi fotografi sahaja. Cuma, kami memang akan mengadakan sesi ‘meet and greet’ dengan Bella Astillah.
“Kami ini tak bersalah dan hanya buat kerja kami sahaja. Sama juga seperti Fizi Woo. Bila kami berurusan dengan artis, ia hanyalah sekadar urusan bisnes.
“Kami tidak terlibat dengan sebarang hal kontroversi,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Rizman akui latar belakang dan ‘track record’ seseorang selebriti memainkan peranan penting dalam menjalinkan sebarang bentuk kerjasama.
“Kalau nak ikutkan, setiap kali kami memilih mana-mana selebriti untuk menjadi duta, kita akan cuba elak daripada artis yang punyai kontroversi.
“Perkara yang lebih penting adalah imej jenama itu sendiri. Kami menjalankan urusan bisnes dan kontroversi tidak boleh duduk sekali.
“Kami pula tak percaya yang kontroversi boleh menaikkan nama sesebuah jenama. Kami lebih percaya kepada hasil kerja,” katanya lagi.
Lantaran itu, Rizman yakin kontroversi
ini tidak akan mengganggu kempen Hari Raya yang sedang giat berjalan.
“Kami tak terkesan kerana selebriti kami yang menjadi duta agak ramai. Koleksi kami pula sangat besar, kami tak rasa terpalit.
“Lagipun, dia (Aliff) bukan wajah utama jenama kami,” akhirinya.
Terdahulu, Rizman Ruzaini telah pun melancarkan hampir 200 koleksi Raya RR 2024 yang terdiri daripada pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, beg tangan dan eksesori.
Sempena sambutan Syawal ini juga, butik Rizman Ruzaini akan beroperasi di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur sehingga 8 April depan.
2024 merupakan tahun terakhir Rizman Ruzaini mengeluarkan koleksi RR kerana meraka mahu memberikan sepenuh tumpuan mengukuhkan jenama di peringkat antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!