“Jadilah Cahaya Walaupun…,”- Ucap Sheila Rusly Buat Dayana Roza Bikin Sebak, Tapi Netizen Pula Rindu Janna Nick!

Share

Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly hari ini ada menitip ucapan sempena hari jadi pelakon cantik, Dayana Roza.

Malah, foto yang dimuat naik Sheila di Instagramnya itu melihatkan dia bergambar bersama Ayda Jebat.

“Jadilah cahaya walaupun tak tersentuh. Tapi selalu menerangi.Jadilah angin. Walaupun tak nampak tapi selalu memberi kesejukan.

“Jadilah insan sejati walaupun tidak bersama menjalani hari tapi tetap dihati.. Happy birthday @dayanaroza 
#sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya. 

Menerusi komen terhadap gambar tersebut, Dayana juga ada memberikan respon.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang kurang senang melihat gambar mereka bertiga, tanpa ketiadaan Janna Nick yang pernah menjadi akrab suatu ketika dulu.

Terdahulu, Sheila pernah meluahkan rasa terhadap Janna dan sudah menerima serta memaafkan pelakon Leftenan Zana itu atas perselisihan faham yang berlaku yang melibatkan keluarga pengarah berkenaan.

Bagaimanapun, baik Sheila dan Janna, masing-masing tidak mendedahkan punca perselisihan yang berlaku.

Foto : IG Sheila, Media Hiburan

Published by
Amynur Akmal