Hiburan

“Jadilah Sahabat Yang Jujur dan Ikhlas Di Depan & Belakang,” – Fazura

Share

Perkongsi terkini pelakon dan usahawan, Nur Fazura di laman Instagram nyata menjentik hati banyak pihak.

Dalam hantaran tersebut, Fazura mengingatkan dirinya sendiri dan semua pihak untuk sentiasa bersikap jujur dan ikhlas dalam persahabatan.

Menurutnya, andai kita mempunyai niat dan tujuan yang tidak baik, perkara itu akan terserlah dengan sendirinya sama ada cepat atau lambat.

“Jadilah sahabat yang jujur dan ikhlas di depan dan belakang. Kerana apa saja permainan berniat tidak baik, pasti akan terungkai pada sahabat yang sentiasa ikhlas pada mu,” tulisnya.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak sesekali mengambil kesempataan dan mempunyai iri hati bagi memastikan persahabatan tersebut kekal selama-lamanya.

“Siaplah saling berkawan dengan semua tanpa kepentingan, rasa cemburu dan memecah belah,” ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut selain turut menyifatkan persahabatan yang ikhlas itu amat mahal harganya.

“Teruskan menjadi diri sendiri. Orang yang benar-benar ikhlas akan sentiasa kekal. Fokus pada diri sendiri dan teruskan sebarkan kebaikkan. Allah melihat apa yang kita lakukan. Itu lebih penting.

“Tak mengapa kalau kita putuskan hubungan dengan kawan yang toksik. Walaupun sudah berpuluh tahun berkawan, biar tinggal yang berkualiti sahaja.

“Saya juga sudah kecilkan kumpulan dalam berkawan. Sakitnya bila kawan makan kawan. Selalunya dia sahaja yang kenyang. Betul sangat Faz.

“Kerana ikhlas itu tiada harganya.

“Selalu beringat dekat diri sendiri. Berpada-pada dalam apa jua keadaan. Kalau tak nak makan hati,” antara komen-komen netizen.

Bercakap tentang sahabat, pelakon filem Gol Dan Gincu itu, baru-baru ini menafikan ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan antara dirinya dengan selebriti popular, Neelofa.

Menurut Fazura, dia juga sama seperti orang lain yang berhak untuk menentukan
dengan siapa dia berhak berkawan.

Pada masa sama, Fazura memaklumkan dirinya juga memerlukan restu suami dalam setiap peraka yang ingin dilakukannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazura

Published by
Aizam Manaf