Untuk menjadi seorang wanita yang berjaya bukan satu perkara yang mudah dan memerlukan semangat kecekalan yang tinggi.
Pelakon, Nur Fasha Sandha Hassan atau gemar dengan panggilan Fasha Sandha ada memberi nasihat di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sebagai seorang wanita haruslah sentiasa berusaha untuk terus berjaya.
Malah, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini turut menasihati kepada semua wanita di luar sana untuk sentiasa kuat untuk mengapai kejayaan.
“Assalamualaikum kesayanganku Jadilah wanita yang dipandang tinggi,
“Thank You @v_hijrah DS @vieshantiekhan for this beautiful and super comfy khimar #astro #series,” tulisnya.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Selepas itu, Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac yang lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha