Pelakon dan pengacara terkenal Didie Alias mengakui perpisahan merupakan perkara menyakitkan yang terpaksa dilalui oleh segelintir pasangan suami isteri.
Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, walau bagaimanapun pengakhiran sesebuah hubungan rumah tangga, aib pasangan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.
“Perpisahan itu sakit. Bahagia itu indah. Bila terjadinya perpisahan, jagalah aib, baik dan buruk sesama hingga ke akhir hayat,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Cina Buta itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, kita juga kena reda dengan setiap dugaan yang berlaku ketika di alam rumah tangga.
“Manis ditelan. Pahit pun ditelan. Baru darjat kita diangkat tinggi dan dipanjang mulia. Kita sudah berjanji dengan Allah SWT,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Didie mendirikan rumah tangga pada 8 Mei 2009 dengan Isham yang merupakan bekas pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan.
Hasil perkahwinan itu, Didie dan suami dikurniakan seorang anak lelaki, Dayyan yang kini berusia sepuluh tahun.
Sebelum itu, Didie turut mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nor Dhaniyah, 31, Mohd Dhanial, 30, Nur Dinie, 28, Nur Dayini, 26, dan Nur Diyana, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Didie Alias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI