Sering digosipkan dengan beberapa selebriti lelaki, penyanyi yang terkenal dengan suara lemak merdu, Wany Hasrita memberitahu kepada Sinar Online dirinya langsung tidak selesa dengan keadaan sebegitu.
Menurutnya, ia boleh mencemarkan imejnya sebagai seorang gadis berhijab.
Jika dahulu ramai yang mengaitkan namanya dengan Khai Bahar, kali ini secara tiba-tiba Q-Face, Fairuz Selamat pula timbul dan dikatakan sedang mengenali rapat dengan penyanyi tersebut.
Namun, Wany memberitahu dia juga meminati penyanyi-penyanyi tersebut sama seperti seorang peminat.
“Saya sebenarnya tak selesa dikaitkan dengan ramai lelaki.
“Ia nampak tak berapa elok.
“Apa yang saya lihat, bila saya ambil gambar berdua, ada saja yang nak kaitkan sedangkan mereka adalah rakan-rakan artis.
“Saya juga meminati mereka sebagai seorang peminat. Walaupun saya artis, saya juga meminati artis lain. Tapi, itulah saya pun hairan dan tak tau nak cakap macam mana,” katanya kepada Sinar Online.
Bagaimanapun Wany tidak menolak, mungkin kerana wataknya yang peramah dan ceria membuatkan ramai fikir hingga ke tahap itu.
“Kadang-kadang, perkara ini agak membebankan saya
“Saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada kerjaya seni. Lagipun, karier saya sedang naik dan saya pun menanggung keluarga.
“Semua orang pun tahu, artis ini bermusim. Mungkin, bila tak diingati lagi, selepas itu saya akan fikirkan soal cinta.
“Tapi, sekiranya jodoh datang dalam masa terdekat, saya tak akan menolak,” tambahnya lagi.
SUMBER : Sinar Online