
“Jaga-Jaga Boh,” – Meganya! Polis Evo 2 Kini Cecah Kutipan RM20 Juta, Ini Reaksi Teraju Utama, Zizan Razak
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak meluahkan rasa kesyukuran apabila kutipan filem lakonannya, Polis Evo 2 kini mencecah RM20 juta.
Dia juga sempat berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokong filem tersebut.
“Alhamdulillah, hasil sokongan anda semua , PE2 telah meraih kutipan RM20 juta dalam tempoh 17 hari.
“Terima kasih boh! Jom kita ke balai pawagam yang berdekatan semarakkan semangat #PE2. Jaga-jaga boh,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang mengucapkan tahniah dah berharap agar filem itu dapat memotong kutipan filem Hantu Kak Limah dan Munafik 2.
Polis Evo 2 sudah berada di pawagam sejak November lalu dan kini turut ditayangkan di Singapura dan Brunei.
Foto/Instagram: Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Tidak Ada Lagi Persefahaman,” – Rupanya, Nana Al Haleq Sudah Bergelar Janda Lebih Setahun Lalu

Pengacara dan bintang kecergasan, Nana Al Haleq mengakui dia sudah pun berpisah dengan bekas suami yang dikenali sebagai Aleq lebih setahun lalu.
Katanya seperti yang dipetik Harian Metro, mereka sudah pun berpisah sejak Februari tahun lalu.
“Selepas hampir setahun setengah kami cuba berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga tapi masih gagal menemui jalan penyelesaian.
“Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk berpisah selepas sudah tidak ada lagi persefahaman,” kata yang berkongsi hidup bersama lelaki berkenaan lebih lima tahun sebelum membawa haluan masing-masing.
Pada masa sama, Nana turut memberitahu, dia sengaja mendiamkan soal status diri memandangkan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterimanya. Malah, dia turut meminta orang di sekelilingnya agar tidak menghebohkan mengenai perkara tersebut.
“Lagipun kalau berita ini keluar ketika itu pasti bekas suami berasa tidak selesa. Namun saya rasa tahun ini adalah masa sesuai untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul serta tidak mahu pengikut memandang serong terhadap saya.
“Jujur perceraian ini tiada kena-mengena dengan karier seni saya. Apa yang berlaku hanya tiada persefahaman antara kami,” jelasnya lagi seperti yang dipetik.
Terdahulu, Nana dan Aleq mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2012 dan belum tidak dikurniakan zuriat.
View this post on Instagram@rexonamalaysia Whitening Fresh Rose Launch. . . ? @heyjasmineking . . #AFreshStart #RexonaMY
A post shared by Nana Al Haleq (@nanaalhaleq) on
View this post on InstagramA post shared by Nana Al Haleq (@nanaalhaleq) on
View this post on InstagramA post shared by Nana Al Haleq (@nanaalhaleq) on
View this post on InstagramA post shared by Nana Al Haleq (@nanaalhaleq) on
Foto: Instagram Nana Al Haleq
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Comel Sangat!,”- Jadi Perhatian, Sherry Alhadad Pakai Baju Ala-Ala Elsa Dalam Filem Frozen!

Beberapa hari yang lalu, artis versatil Sherry Alhadad ada berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menghiburkan apabila pengacara Muzik-Muzik berkongsi foto dirinya ketika mengenakan busana berwarna biru lembut untuk meniru watak Elsa dalam filem animasi Frozen.
“Hari ni kita Elsa Frozen lah do you want to build a snowman?? Make up by @ferrykarisma dress by @faizelazraf,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on
Dalam pada itu, peminat turut memuji gaya fesyen yang ditonjolkan oleh Sherry.
Sekadar informasi, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad telah dilahirkan pada 17 November 1984.
Foto: Instagram Sherry Alhadad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Foto Sekitar Ayu Raudhah Isi Masa Cuti Di Pantai Sama Keluarga, Seronoknya!

Pelakon Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan ada berkongsi momen menerusi akaun Instagram miliknya.
Walaupun sibuk bergelar sebagai seorang pelakon dan ibu, Ayu tetap berkongsi perkembangan terkini bersama peminatnya.
Kongsi adik kepada pelakon Rozita Che Wan, dia kini sedang bercuti bersama keluarganya.
View this post on InstagramA post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on
Rata-rata peminat memuji Ayu dan suami yang kelihatan sangat ‘sweet’ dan romatik.
Untuk rekod, Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha Abdul Radzak yang merupakan pemain bola sepak pada 21 Januari 2011.
Gambar : Instagram Ayu Raudhah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI