Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai komen melampau seorang pengguna Twitter yang berang dengan keputusan, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang membenarkan ibadah Solat Jumaat dan fardhu dilakukan di masjid serta surau di Kuala Lumpur bermula 7 Julai lalu.

Komen biadap tersebut nyata menimbul rasa kurang senang di hati ramai pihak termasuklah buat pelakon, Aeril Zafril.

“Jaga Sikit Adab Dengan Ulamak Atau Orang Lebih Berusia,” – Individu Ini Beri Komen Terhadap Menteri Agama, Aeril Zafril Buat Teguran “Jaga Sikit Adab Dengan Ulamak Atau Orang Lebih Berusia,” – Individu Ini Beri Komen Terhadap Menteri Agama, Aeril Zafril Buat Teguran

Jelas Aeril, menyuarakan kemarahan bukanlah sesuatu yang dianggap salah namun ia hendaklah disertakan dengan adab lebih-lebih lagi berbicara dengan seorang yang berpangkat ulamak.

“Jaga Sikit Adab Dengan Ulamak Atau Orang Lebih Berusia,” – Individu Ini Beri Komen Terhadap Menteri Agama, Aeril Zafril Buat Teguran

“Tahu marah. Semua orang tengah marah sekarang ni. Tapi jaga sikit adab kita dengan ulamak atau orang yang lebih berusia,” tulisnya.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Wawa Zainal itu menerusi sebuah ciapan di laman Instagram.

Tweet tersebut kemudiannya tular selepas meraih hampir 2,000 ulang ciap serta lebih 3,000 tanda suka.

“Jaga Sikit Adab Dengan Ulamak Atau Orang Lebih Berusia,” – Individu Ini Beri Komen Terhadap Menteri Agama, Aeril Zafril Buat Teguran “Jaga Sikit Adab Dengan Ulamak Atau Orang Lebih Berusia,” – Individu Ini Beri Komen Terhadap Menteri Agama, Aeril Zafril Buat Teguran

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Aeril selain turut menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai terlalu berlebihan.

Terdahulu, Aeril dan Wawa ketika ini sedang sibuk mempromosikan filem terbaru mereka yang berjudul Sabda Kekasih.

Filem Sabda Kekasih ini sudah boleh mula ditonton di saluran Astro First secara langganan selama 48 jam.

Ads

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Jaga Sikit Adab Dengan Ulamak Atau Orang Lebih Berusia,” – Individu Ini Beri Komen Terhadap Menteri Agama, Aeril Zafril Buat Teguran

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Twitter Aeril Zafril

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI