Sejak awal Ogos lalu, tular mengenai atlet asal Kazakhstan berusia 23 tahun, Tatyana Demyanova yang disebut-sebut sebagai atlet wanita paling cantik di dunia oleh beberapa media antarabangsa.
Menerusi hasil undian dan tinjauan menerusi Express Sport dan Daily Star, para pembaca mengakui Tatyana yang baru berusia 23 tahun itu sebagai antara jaguh sukan wanita tercantik.
Difahamkan, figura setinggi kira-kira 180cm ini mulai berjinak-jinak dalam sukan bola tampar sejak berusia 9 tahun yang mana ibunya juga merupakan jurulatih kepada sukan berkenaan.
Selain aktif dalam sukan bola tampar, Tatyana yang kini memiliki hampir 80,000 pengikut di Instagram juga turut terlibat dalam beberapa jenis sukan lain seperti tinju dan Muay Thai dan jaguh kegemarannya ialah Floyd Mayweather.
Satu persatu persoalan timbul sejak Daus mengambil keputusan untuk bercerai pada Februari tahun lalu.
Lebih mencetus tanda tanya apabila Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli didakwa menceraikan isteri ketika masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga mereka.
Enggan terus membiarkan perkara itu bersarang di minda, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 ini mengabadikan kisah dan perjalanan hidupnya itu menerusi lagu ‘Takdir Kita’ yang dilancarkan 28 Ogos lalu.
Lagu ciptaan sepenuhnya Daus itu dipaparkan pula dalam persembahan video muzik (MV) yang dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Nova Music Videos.
Jelasnya, jalan cerita MV arahan Azuad Abdullah itu memaparkan 60 peratus kisah perkahwinan dan perceraiannya.
Malah, ia menjawab segala persoalan yang timbul sebelum ini.
“Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain.
“Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita MV ini, ia adalah salah satu cara saya mahu mendekati masyarakat.
“Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa, kena tonton MV ini.
“Sejujurnya, idea MV ini daripada saya sendiri. Tapi, saya bersama pasukan daripada pihak pengurusan Nova Music berbincang untuk menambah baik apa yang perlu supaya MV ini lebih menarik,”katanya.
Bagaimanapun Daus mengakui dia rasa sebak sekali gus mengimbau kenangan lama ketika penggambaran dilakukan.
“Apabila buat MV ini, memang terasa sebak kerana ia mengembalikan memori lama. Tapi saya cuba tahan perasaan sebab tak boleh nak terlalu terbawa-bawa. Saya masih boleh kawal.
“Saya cuma fikir, apa yang dipaparkan dalam MV ini bukan mengenai saya semata-mata tapi, pasti ada orang lain pernah melalui pengalaman sama. Ibaratnya saya mewakili perasaan mereka dengan menceritakan kisah mereka dalam MV ini.
“Walaupun tidak meraung, tapi nampak kesedihan dilalui dalam babak yang dilakonkan dalam MV ini,” katanya yang sudah pun ‘move on’ dengan apa yang berlaku.
Menyentuh mengenai ketiga-tiga anaknya, Daus berkata dia sudah lebih setahun mereka tidak berjumpa.
“Anak-anak memang di Sarawak. Sejak bercerai mereka memang dijaga bekas isteri. Cuma, sejak saya berada di Kuala Lumpur, memang tak berpeluang jumpa mereka lagi.
“Apatah lagi dalam suasana yang melanda negara sekarang, ia lebih menyukarkan untuk kami berjumpa.
“Saya tak nak ambil risiko berjumpa mereka dalam keadaan sekarang. Insya Allah, tunggu masa sesuai. Kalau dah okay, baru saya balik.
“Alhamdulillah, dengan kecanggihan teknologi sekarang, memang selalu buat panggilan video. Jadi, terubat juga rindu dengan mereka. Isteri okay, selagi saya tak lupakan tanggungjawab,” katanya.
Takdir Kita terbitan dan edaran Nova Music Malaysia sudah pun dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gelagat penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad bersama ibunya yang dikenali sebagai Mak Jenny sememangnya telah menghiburkan hati banyak pihak dek kerana telatah mereka yang melucukan.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Youtube, Nubhan dilihat telah membawa ibunya itu ke sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur.
Difahamkan Nubhan ingin membelikan sebuah beg tangan baharu istimewa buat ibunya itu.
Menerusi video berdurasi hampir sembilan minit itu, penyanyi lagu Ada Untukmu ini telah pun memimpin ibunya itu masuk ke sebuah butik jenama antarabangsa yang sinonim dengan pelbagai jenis barangan mewah.
Setelah selesai memilih dan ingin membuat pembayaran, Mak Jenny dilihat terkejut saat mengetahui harga sebenar beg tangan tersebut yang mencecah RM14,200.
Reaksi yang ditunjukkan ibu Nubhan itu sememangnya menggelikan hati banyak pihak.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Nubhan sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus membahagiakan ibunya itu.
“Suka tengok gelagat Nubhan dan Mak Jenny. Semoga dibawah rahmat Allah dan bahagia selalu. Semoga murah rezeki Nubhan.
“Bagus betul. Masa ni la kita nak menghargai mak kita. Suka tengok Mak Jenny.
“Semoga dimurahkan rezeki Abang Nubhan, Alhamdulillah. Salah satu idola bila layan omak macam ni. Den suko.
“Sukenya tengok Nubhan menghappykan Mak Jenny.. Selagi ada mak atas dunia ni layan dan happy kan dia kerana dia lah syurga kita,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Selain menyanyi, Nubhan juga aktif menghasilkan konten-konten di laman Youtube yang turut menampilkan ibunya itu dikebanyakkan video-videonya.
Hasil pemerhatian MH, Nubhan kini telah pun memiliki lebih 70,000 jumlah pengikut di laman Youtube miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Youtube Nubhan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Britney Spears remained the princess of Pop!
Bergelut dengan masalah keluarga, kisah cinta yang kandas dan kesihatan mental, tidak pernah menjadikan penyanyi yang digelar Princess...