Jaguh Bola Tampar Wanita Ini Raih Jolokan Atlet Paling Cantik Di Dunia, Lawa Macam Selebriti!

Share

Sejak awal Ogos lalu, tular mengenai atlet asal Kazakhstan berusia 23 tahun, Tatyana Demyanova yang disebut-sebut sebagai atlet wanita paling cantik di dunia oleh beberapa media antarabangsa.

Menerusi hasil undian dan tinjauan menerusi Express Sport dan Daily Star, para pembaca mengakui Tatyana yang baru berusia 23 tahun itu sebagai antara jaguh sukan wanita tercantik.

Difahamkan, figura setinggi kira-kira 180cm ini mulai berjinak-jinak dalam sukan bola tampar sejak berusia 9 tahun yang mana ibunya juga merupakan jurulatih kepada sukan berkenaan.

Selain aktif dalam sukan bola tampar, Tatyana yang kini memiliki hampir 80,000 pengikut di Instagram juga turut terlibat dalam beberapa jenis sukan lain seperti tinju dan Muay Thai dan jaguh kegemarannya ialah Floyd Mayweather.

Memang cantik jelitakan, mengalahkan selebriti!

Foto: Instagram Tatyana/Sumber: Liputan6

Published by
MH