Penyanyi Azharina Azhar turut melayangkan dedikasinya buat rakan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah yang telah pergi mengadap Illahi akibat Covid-19, pada pagi Isnin.
Menurut Azharina, dia tiada foto atau video yang diraiam bersama Jah iaitu panggilan mesranya buat arwah ketika mereka sama-sama bertudung.
“Jah bila aku check Hp takda satu gambar atau video dia bila kita dah Hijrah ne. Sedih aku duk berpuluh tahun pungpang kita berkawan berckp dlm telefon mcm org bercinta berjam2.
“Sedih aku Jah. Jah Kau Wanita hebat! Allah bagi kemulian pemergianmu. Allah bagi keinsafan buat semua jah kebaikan mu,” tulisnya.
Ingatan tersebut dikongsikan penyanyi Seandainya ini menerusi satu hantaran di Facebook.
Dia pada masa sama, turut menitipkan doa buat rakan artis yang sama-sama pernah melibatkan diri dalam program Gegar Vaganza musim ketiga.
“Kau Dapat HUSNOL KHATIMAH Jah… aku tau Kau sedang menyanyi kat syurga. Doaku BUATMU selalu Sahabat. Takda dah org teriak call aku Suru Cepat! Al Fatehah kawan ku Sarah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Sarah disahkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).