Hanya tertawa saat mendapat khabar konon suami ditangkap khalwat sewaktu di Terengganu, Datin Almy Nadia berkata pihak yang membuat tuduhan sepatutnya bertanya terlebih dulu sebelum sebar fitnah.

Malah kongsinya kepada MH, dia mahu isu tersebut diselesaikan cepat memandangkan suaminya mahu mereka yang berkenaan untuk tampil membuat permohonan maaf.

Saya mahu selesaikan kes ini secepat mungkin. Kerana ini melibatkan status yang dianugerahkan kepadanya.

“Kali pertama saya yang tahu perkara ini dan baru saya beritahu dia. Serta apa yang dimuat naik di laman Instagram, Fizz yang tulis.

Ads

“Kalau pihak berkenaan kata orang lain yang DM dia, kenapa tidak selidik dulu?  Tapi saya gembira sebab suami saya ada dengan saya dan saya percaya dia.

“Masa mula-mula tahu mengenai tuduhan itu, saya hanya ketawa kerana suami ada dengan saya ketika itu.

Ads

“Kalau dia tiada dengan saya pun, saya tidak akan percaya. Kalau saya kata saya percaya suami 100 peratus, netizen marah pula, kata jangan percaya 100 peratus.

“Dia pergi Terengganu atas urusan kerja dan saya tiada rasa was-was. Tak perlu kot nak curiga,” jelas Almy kepada MH.

Ads

Ibu kepada 3 orang anak perempuan ini bagaimanapun turut meluahkan kekecewaan apabila suaminya kerap dilemparkan tuduhan tidak berasas.

Mungkin saya frust sebab asal jahat je laki aku. Jahat sangat ke laki aku?

“Saya percaya suami saya, anak dah tiga pun. Kalau dia nak buat perangai mungkin masa ‘zaman Jahiliah’ la kot. Tak payah nak buat perangai sangatlah,” tambahnya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI