Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan menyangkal tanggapan segelintir pihak yang mendakwa keadaan tangannya kini sudah berkedut.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menunjukkan sendiri keadaan tangannya yang dicelupkan di dalam sebuah kolam bagi membuktikan tanggapan tersebut berbeza.

Menurut Che Ta, apa yang terlihat pada tangannya itu bukanlah tanda kedutan sebaliknya hanyalah urat yang timbul.

“Jahat ye mulut kata tangan aku berkedut. Kedut apanya. Cuba zoom tengok betul-betul sama ada itu urat atau kedut.

“Tangan saya tiada isi dan sebab itulah keluar urat. Tapi tak mengapalah. Tak payah tengok urat saya tu. Tengoklah inai yang meletop ni.

“Apa yang kita jual ni tak nak pula tengok. Sibuk nak tengok aku punya urat pula. Lepas tu kata kedut pula,” katanya.

Ads

Katanya lagi, daripada orang ramai mengambil tahu mengenai tangannya itu, adalah lebih baik sekiranya mereka memberikan fokus terhadap produk inai yang sedang diusahakannya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan sokongan selain turut menasihati Che Ta agar mengeabaikan sahaja komen-komen negatif itu.

“Tetap cantik dari dulu lagi. Makin lama makin cantik.

Ads

“Tak mengapalah. Biarlah orang nak cakap apa pun, janji kita bahagia. Pedulikam sahaja cakap orang.

“Cantik tangan Che Ta. Putih gebu.

“Che Ta paling steady jawab kecaman netizen. Macam kawan-kawan je dia buat.

Ads

“Depa saja cakap macam tu. Kami tengok segak je,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Setakat ini, video tersebut telah pun meraih hampir 100,000 jumlah tontonan di aplikasi Tik Tok.

Terdahulu, selain aktif di dalam dunia seni, Che Ta juga kini sedang sibuk mengusahakan bisnes inai miliknya sendiri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI