“Jalani Hidup Saya Sendirian Selama 12 Tahun…,” – Sakit Pun Sendiri, Buatkan Alvin Chong Terfikir

Share

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Alvin Chong, dia ada berkongsi cerita dan pendapat bersama peminatnya.

Bintang drama bersiri Dia Semanis Honey ini memaklumkan dirinya telah menjalani kehidupannya berdikari selama 12 tahun.

“Saya telah menjalani hidup saya sendirian selama 12 tahun yang lalu.  Saya sentiasa mampu menjaga diri saya sendiri.

“Walaupun saya sakit, saya akan sentiasa menyeret diri ke hospital untuk dirawat,” dedahnya.

Selain itu, pelakon berusia 29 tahun ini turut meluahkan rasa bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap dirinya jika bersendirian.

“Dengan banyak insiden yang berlaku di industri akhir-akhir ini, tiba-tiba saya terfikir, apa yang akan berlaku jika suatu hari saya kehilangan semua kekuatan saya ketika di rumah, bersendirian? Ia hanya metafora, tetapi agak menakutkan,” tulisnya.

Sekadar informasi, Alvin merupakan seorang pelakon berbangsa Cina dan telah dilahirkan pada 23 Januari 1991 di Georgetown, Pulau Pinang.

Foto: Instagram Alvin Chong

Published by
Nazar Rafiqhi