Penyanyi senior dan gitaris utama kumpulan heavy metal terkenal Megadeth, Dave Mustaine dilaporkan sedang bertarung dengan kanser tekak yang dihidapinya.
Memetik laporan Awani, bintang berusia 57 tahun itu juga tidak menyembunyikan keperitan hakikat tersebut.
Malah, dia turut berkongsi mengenai status kesihatannya itu menerusi Instagram, baru-baru ini.
Bagaimanapun difahamkan, vokalis itu telah memulakan rawatan dan keupayaannya untuk sembuh adalah 90 peratus.
Ads
Atas kekangan itu juga, Megadeth terpaksa membatalkan beberapa siri konsert yang sepatutnya diadakan Oktober depan.
Ketika di era popularitinya, Mustaine pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan masalah alkohol sehingga dia disingkirkan daripada kumpulan asalnya, Metallica.
Selebriti asal Singapura yang kini bergelar usahawan, Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan popular Indonesia, Armada Band ke Sabah bagi mengadakan Konsert Armada Band – Janji Bahagia di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 November depan.
Konsert istimewa itu akan diadakan di Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah) SICC bermula jam 8.00 malam.
Menariknya, Konsert Armada Band – Janji Bahagia itu merupakan projek pertama Harris bersama isterinya, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation.
Fokus Jeeharris Corporation ialah menjurus kepada pengurusan acara dan konsert. Terdahulu, pasangan ini telah banyak menjayakan pelbagai acara karnival di Sabah sementara konsert berkenaan adalah yang pertama dianjurkan mereka.
Mengulas mengenai pengajunran konsert tersebut, Harris tidak menafikan populariti kumpulan berkenaan di Sabah menjadi antara faktor dia dan isteri memilih Armada Band untuk mengadakan istimewa buat peminat tempatan.
“Tidak dinafikan, banyak lagu mereka dikenali di Sabah. Armada yang diangotai oleh vokalis Rizal Adi, drummer Meri Yandi dan guitarist Andika Maihendra akan menyampaikan 18 buah lagu.
“Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan termasuklah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia, Pergi Pagi Pulang Pagi dan banyak lagi,” katanya.
Harris pada masa sama turut optimis berhasrat untuk membawa lebih ramai artis luar negara bagi membuat persembahan dalam skala konsert di Sabah khususnya.
“Kami berharap mendapat sokongan yang menggalakkan daripada peminat Armada Band di Sabah dan sekali gus dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan dan mengalakkan lebih banyak persembahan konsert di Sabah.
“Kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai satu tarikan untuk penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk datang menyaksikan bersama persembahan Armada band secara langsung,” katanya lagi.
Malah, pihak Jeeharris Corporation juga kini sedang meneliti beberapa nama penyanyi lokal Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan bakal pada konsert berkenaan.
Untuk informasi, layari myticket.asia dan tiket sudah pun dijual sejak 24 Julai lalu pada harga bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet) selain boleh rujuk kepada media sosial Jeeharris Corporation.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang kini sedang bersaing menerusi program Famili Duo, Siti Nursairah Tarudin memohon doa yang baik-baik selepas mengesahkan dia kini sedang hamil anak kelima selepas dua kali keguguran.
Siti Sairah, 38, berkata dia berdoa semoga fasa kehamilannya kali ini berjalan dengan lancar.
“Dapat tahu (hamil) minggu lepas. Harap dipermudahkan. Usia kehamilan saya masih belum dapat pastikan lagi kerana belum berjumpa dengan doktor.
“Sebelum ini saya sudah dapat agak dan ada kongsikannya kepada suami dan kakak, Siti Saida. Lalu saya lakukan ujian kehamilan dan alhamdulillah positif.
“Saya dan suami terima dengan hati terbuka, ini rezeki. Cuma pada awal kehamilan ini, saya mula alami alahan. Harap dipermudahkan sampailah bersalin, insya-Allah,” katanya.
Adik kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza ini juga mengakui dia keguguran kali kedua pada awal tahun ini.
“Apabila kembali hamil, memang saya risau juga memandangkan usia kandungan masih lagi baru.
“Malah sebelum ini pun doktor meminta saya untuk betul-betul menjaga selepas dua kali gugur. Saya harap kali ini ada rezekilah,” katanya lagi.
Untuk rekod, Sairah dan suami, Mohd Sharidan Johari, 35, mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Siti Nurkhalishah Alisha.
Menerusi perkahwinan pertama, Sairah dikurniakan tiga anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Sementara itu, menerusi saingan minggu kedua Famili Duo yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam malam tadi, Saida dan Sairah menduduki markah terendah dengan 38.2 peratus.
Pasangan adik beradik yang digelar Siti Sisters itu membawakan lagu Kejora Ku Bersatu yang dipopularkan oleh Search.
Pelakon dan model Indonesia, Ammar Zoni telah ditangkap sekali lagi berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah.
Penangkapan ini menjadikan kali ketiga Ammar ditangkap dalam kes serupa. Polis tempatan telah mengesahkan penahanan tersebut pada tanggal 13 Disember yang lalu.
Sebelum ini, Ammar Zoni pernah ditahan dua kali berhubung kes penyalahgunaan dadah. Dia pertama kali ditangkap pada 2017 kerana ganja dan kristal methamphetamine.
Manakala pada Mac 2023, Ammar sekali lagi ditahan oleh Polis Metro Jakarta Selatan dengan bukti methamphetamine. Ammar dijatuhkan hukuman penjara tujuh belas tahun dan diisytiharkan bebas pada 4 Oktober.
Ketika itu, peguam Elza Syarief mendedahkan punca anak guamnya mengambil dadah kerana tertekan dengan berat badannya.
“Dulu ganja, ya, ketagihan bahan terlarang ini, atau rawatan dadah ini tidak lengkap. Mungkin kerana persekitaran atau sebagainya sehingga boleh ketagih lagi,” katanya memetik laporan CNN Indonesia.
Dalam tinjaun MH ke laman Instagram Ammar, kini akaun media sosialnya diurus oleh pihak pengurusan dan keluarga.
“Akaun ini dikawal selia oleh pihak pengurusan dan keluarga. Segala pekara yang bersifat bisnes dan penajaan boleh hubungi orang yang tertera di bio,” tulis pernyataan itu ringkas.
Ammar memulakan karier sebagai model sebelum bergelar pelakon, jajaka berusia 31 tahun ini telah berkahwin dengan pelakon, Irish Bella dan memiliki sepasang cahaya mata. Walaupun begitu, kini mereka berada dalam proses perceraian.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala...