Tahniah diucapkan buat pempengaruh, Intan Saleh kerana telah selamat menyambut kelahiran bayi ketiganya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada jam 3.34 petang, Sabtu.
Sambil meluahkan rasa syukur, Intan turut mendoakan yang terbaik buat para ibu yang bakal melahirkan zuriat.
“Bismillah…. Baby A. Assalamualaikum alhamdulillah selamat melahirkan putera ketiga. Tolak ke LB (labour room) pukul 2.45, jam 3.34 petang keluarlah seketul ‘Aizamjr.
“Alhamdulillah terima kasih yang mendoakan dan bonda doakan untuk ibu-ibu yang menunggu hari untuk melahirkan semoga dipermudahkan semuanya,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instgaram sambil memberikan dedikasi.
Sebelum ini nama Intan menjadi perhatian susulan pergolakan rumah tangga dengan pemuzik, Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid sekitar 2017.
Intan yang sempat menjadi madu kepada pelakon Izreen Azminda kemudian bercerai dengan Ude pada 2018 iaitu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Intan kini mendirikan rumah tangga dengan Aizam Yahya yang beberapa tahun lebih muda daripadanya pada 20 Disember 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.