Jam Rolex, Saya Hanya Bergurau – Aliff Syukri

Share

Tempoh hari tular tentang satu rakaman video dari akaun Instagram pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri.

Dalam video tersebut, merakamkan Aliff sedang makan bersama dengan keluarganya seperti sedang berkelah dengan pemandangan yang cukup indah di Switzerland.

Menerusi video tersebut, Aliff mengatakan dia tidak kisah untuk dikutuk oleh netizen,

“Saya tengah makan, masakan saya dari rumah. Isteri saya yang masakkan. Tengok ni siap ada ‘sia’ bagai. Yang penting kita dekat kota Switzerland.

 

“Tak apalah korang kutuklah aku nak makan di mana, yang penting aku pakai cincin berlian 4 karat, aku pakai jam tangan rolex baru beli ni. Kutuklah selagi mampu. Kita makan dulu.

 

“Korang yang kutuk-kutuk tu ada jam tangan Rolex tak? Tak ada kan? So kalau tak ada jangan kutuk,” katanya sambil menceduk lauk ke pinggan.

Namun di penghujung video tersebut Aliff menyatakan bahawa apa yang dikatakannya itu hanyalah satu gurauan.

Rentetan daripada video tersebut, semalam Aliff telah memuat naik satu foto jam Rolex di akaun Instagramnya bersama kapsyen yang menerangkan bahawa kata-katanya di dalam video tempoh hari hanyalah gurauan sahaja dan dia meminta orang ramai untuk tidak mengambil serius dengan kata-katanya itu.

“seutas jam tangan..bukan utk dipakai selalu ttp utk dibuat aset.

 

“sebanrya ramai yg kecoh issue jam rolex yg saya bergurau..plzz lah jgn take serius…ok jom sy sharekan pasal jam tangan kesygan sy ni…dulu waktu nak beli jam ni wife saya lah paling marah sbb membazir beli jam ni sbb kami tak tu jam ni setiap 6bulan naik harga… tp sekrang baru kami tau jam juga salah satu aset yg boleh naik nilainya…jam ni spacial skit sbb sy tempah jam ni waktu umur saya 23tahun di klcc … dan skrg harga jam ni naik 35pratus dr harga asal..yg paling best smua konsep batu permata berlian ini dipilih oleh saya so tak ada jual ready watch mcm ni di kedai.. .

 

“now ada yg nak beli dgn sy dgn harga yg tinggi tp sy masih fikirkan utk menjualnya?,” tulisnya.

Di kapsyenya juga dia menulis, dia tidak mahu memberitahu berapakah harga jam tersebut kerana tidak mahu orang salah anggap dan tulisnya lagi, dia sudah tidak sanggup untuk dikecam.

“maaf sy x nak infom brp harga saya beli nanti org maksudkan lain pulak sy dah tak sanggup di kecam?,” tulisnya lagi.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

Published by
Izzati Ramli