Pasangan selebriti, Fasha Sandha dan Aidil Aziz ada berkongsi mengenai situasi mereka sekeluarga disaat semua diwajibkan mematuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kini memasuki hari keempat.
Sambil mengakui hubungan kekeluargaan yang terjalin kian rapat apabila dapat mengisi masa bersama, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh ini juga menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu hal positif dalam sisi lainnya.
Antara lain, Fasha dan Aidil menerusi IG TV turut meminta ramai agar mematuhi arahan kerajaan dan lakukan hal sebaiknya bagi mengekang penularan Covid-19.
“Rasa kita semakin rapat sebab kita dapat luang masa bersama keluarga. Rasa rapat di antara satu sama lain. Perkara ini belum pernah jadi pada kita, sepanjang perkahwinan, kita perlu duduk di rumah dengan begini lamanya. Jadi rasa kita makin rapatlah.
“Rasa seronok sangat sebab makan cukup, rehat cukup, solat pun cukup dengan orang yang tersayang. Maksudnya cukup itu dengan insan tersayang.
“Kalau tidak sebelum ini kita makan di luar memandangkan masing-masing kerja dan sibuk. Akan tetapi sekarang semuanya dibuat bersama-sama.
“Kami ni orang yang selalu bekerja jadi kita rasa agak jangga dengan situasi ini. Akan tetapi kami ambil ia sebagai satu yang positif. Apa dugaan yang terjadi ini kita ambil positif, agar dapat lebih mesra dengan keluarga,” terang Fasha.
Fasha dan Aidil juga memohon ramai agar terus kuat dan patuhi arahan kerajaan berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.
“Ambil serius dan banyakkan berdoa. Bukan semua orang senasib dengan kita. Ada insan yang alami situasi yang lebih susah berbanding kita,” jelas Aidil.
Sementara itu, Fasha turut berkongsi keadaan yang berlaku di kawasan kediamannya.
“Tadi pergi beli barang dapur, keadaan di ampang sangat sepi, sunyi. Selama 20 tahun saya tinggal di sini tak pernah keadaan seperti ini.
“Tapi dari sudut positif, kita semua mendengar arahan supaya duduk dalam rumah,” katanya lagi sambil meminta ramai agar turut menjaga keselamatan.
Terdahulu memetik Awani, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan adalah lebih baik berbanding hari pertama penguatkuasaannya.
Bagaimanapun, orang ramai diingatkan agar terus mengurangkan pergerakan yang tidak perlu bagi mengekang wabak COVID-19.
Foto: IG TV Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI