Dewan Perniagaan Muslim Insiders bakal menganjurkan majlis anugerah berprestij, ‘Islamic Distinguished Entrepreneur’ (IDEA Award 2023) pada 3 November depan di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.
IDEA Award 2023 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada usahawan Muslim yang telah mencapai tahap keunggulan luar biasa dalam pelbagai sektor ekonomi.
Tidak ketinggalan, ia juga meraikan pemilik perniagaan bukan Islam yang mengamalkan ciri-ciri ‘Muslim-friendly businesses’ yang bakal diserikan dengan persembahan figura terkenal tanah air iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Hijjaz.
Difahamkan, majlis juga akan dihadiri serta dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai tetamu kehormat di samping barisan pemimpin konglomerat yang turut sama meraikan para usahawan Muslim terbilang.
Anugerah berprestij ini turut akan memberikan peluang kepada usahawan terbaik untuk menerima pengiktirafan yang mereka layak, dan pada masa yang sama, memperkukuhkan komuniti perniagaan Malaysia Madani.
Waqaf An-Nur, selaku peneraju institusi wakaf korporat yang bertindak sebagai pemangkin pembangunan industri kewangan sosial Islam turut sama bersinergi sebagai penerima wakaf manfaat dalam majlis penganugerahan berprestij ini.
Ads
Presiden Muslim Insiders, Profesor (Adj) Haji Adam Richman berkata, anugerah ini berbeza kerana ia tidak hanya menumpukan aspek pencapaian dalam bisnes semata-mata.
“Ia tidak hanya mengiktiraf pencapaian dalam bidang perniagaan yang meliputi inovasi, kelestarian perniagaan, impak sosial, dan kepelbagaian, tetapi juga menilai kesediaan usahawan terbilang untuk mengabdikan dirinya kepada Allah SWT melalui perniagaan.
“Sekali gus dalam usaha memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyediakan perkhidmatan serta manfaat kepada seluruh masyarakat.
Ads
“Panel juri terdiri daripada dua insan berkaliber iaitu Prof. Madya Dato’ Dr Izhar Ariff Mohd Kashim selaku panel syariah dan Datuk Wan Azmir Wan Majid (panel perundangan). Kedua mereka menilai pencalonan dengan teliti,” katanya lagi.
Untuk rekod, penerima anugerah akan menerima trofi dengan ukiran khat ‘Mari Menuju Kejayaan’ pada puncak trofinya sebagai simbolik pencapaian cemerlang mereka dalam jatuh bangun perniagaan.
Katanya lagi, anugerah ini menjadi platform yang luar biasa untuk mengiktiraf usaha cemerlang usahawan Muslim di Malaysia.
Ads
“Kami percaya bahawa usaha ini tidak hanya memberi manfaat kepada perniagaan mereka, tetapi juga masyarakat dan ekonomi Malaysia Madani. Anugerah ini adalah satu langkah penting untuk menyokong pertumbuhan perniagaan komuniti Muslim yang cemerlang dan berdaya saing,” katanya.
Pencalonan untuk anugerqh ini masih dibuka dan calon yang layak dijemput untuk menghantar pencalonan mereka melalui pautan link rasmi mereka dan maklumat lanjut mengenai IDEA Award 2023, boleh layari laman web musliminsiders.com.
Anugerah ini turut dikoordinasikan oleh Eventopedia dan KNKV Group sebagai rakan strategik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Ketika ini pelakon Beto Kusyairi sedang berada di luar negara untuk pengambaran sebuah super telemovie bertajuk Aku Bukan Gila.
Setelah beberapa hari dilihat berada di North Wales itu, Beto dilihat seakan-akan sudah mulai rindu kepada isterinya.
Rasa rindu itu diluahkan Beto menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
Tambah Beto, biarkan sahaja mereka merindu kerana kadang-kala bila kita selalu ada, mereka akan mengambil mudah kerana mereka fikir kita tidak akan pergi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji ucapan ‘manis’ Beto itu.
Dalam pada itu, rakan-rakan artis juga turut tidak ketinggalan dilihat mengusik Beto kerana kasyen yang sedemikian.
Alahai, tak sangka rupa-rupanya Beto ini romantik juga orang. Tapi tak salah pun kan?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persembahan penyanyi Aina Abdul menerusi segmen ‘tribute’ kepada rakan artis, Allahyarhamah Siti Sarah menerusi lagu Ke Hujung Dunia menjentik jiwa ramai.
Nyanyian penuh emosi dan tersendiri yang dibawa artis berkenaan di malam Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) pada Ahad.
Aina turut berkongsi beberapa hantaran mengenainya di Instagram.
Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri masih terkejut apabila lagu dan muzik video raya nyanyiannya, Lala Raya masih lagi menjadi trending nombor satu di YouTube meski sudah beberapa hari dilancarkan.
Sambil meluahkan rasa gembiranya, Aliff yang pernah muncul menerusi single Cuba Bahagia sebelum ini, turut mengucapkan terima kasih buat semua yang menghargai bakatnya.
“Ya allah masih trending no1 di malaysia. Yesss lagu raya no1 di malaysia dah 6 hari kot.
“Tq Kepada semua rakyat Malaysia kerana menghargai bakat saya yang selama ini tidak pernah dihargai,” tulisnya.
Entri tersebut turut menerima reaksi pelbagai daripada warganet.
Sementara itu melalui hantaran terkininya, Aliff ada berkongsi paparan komen yang ditinggalkan oleh Zizan Razak yang antara lain memuji dan bersetuju dia kini penyanyi nombor satu.
Malah pelawak berkenaan turut menyifatkan vokal ahli perniagaan itu tak ubah seperti penyanyi Hollywood.
“Syukur Aku rasa amat dihargai ..thanks awakkk @zizanrazak869 krn puji suara sy..zizan ni memang pandai menilai bakat org tq @zizanrazak869.
“Insyallah sy akan yanyi utk awak live tanda penghargaan sy.. free jer show sy x payah bayar..syukur vokal dan bakat sy kini org dah pandang,” tulisnya lagi.
Muzik video berkenaan sehingga kini sudah pun ditonton hampir 1.5 juta kali.
Foto: YouTube Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan selebriti popular Indonesia, Ruben Onsu mengejutkan ramai apabila mengumumkan bahawa dirinya kini telah memeluk agama Islam dan kini bergelar seorang mualaf.Berita penuh...