“Dia wangi, pakai sejak dulu.” Demikian kata penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah yang mengakui dia lebih cenderung untuk mengenakan wangian wanita berbanding lelaki kerana aromanya yang lebih lembut.
Jamal, 65, berkata, sehingga kini dia sudah memiliki beratus koleksi minyak wangi dan tidak menafikan ada sesetengah haruman wanita lebih tahan lama.
“Minyak wangi lelaki saya kurang pakai kerana ada bau yang terlalu ‘strong’. Bagaimanapun ada juga haruman lelaki jenama tertentu yang saya pakai.
“Kalau haruman wanita pula, saya pilih yang betul-betul wangi. Setakat ini belum ada yang menegur mengapa saya pakai minyak wangi wanita, cuma ada yang kata bau wangi,” katanya.
Penyanyi lagu Di Penghujung Rindu ini berkata demikian ketika ditemui di majlis Pelancaran Minyak Wangi Verlune by Datuk Jamal di sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah isteri tersayang, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28.
Berkongsi lanjut, Jamal mendedahkan minyak wangi tersebut adalah nota bauan yang diusahakan, diilhamkan menerusi cinta dan pengabdian kepada isteri tercinta.
Ads
Ia sebagai dedikasi tulus dari hati si suami terhadap isteri seiring dengan keharmonian rumah tangga yang dibina mereka.
“Verlune membawa maksud bulan di dalam bahasa Perancis, melambangkan keteguhan, cahaya dan cinta kepada isteri yang menjadi tulang belakang dalam setiap kejayaan yang dikecapi.
“Bulan juga mencerminkan ketenangan dan kestabilan yang saya alami sendiri di tengah-tengah kerumitan serta ujian dalam kehidupan profesional saya sebagai seorang penyanyi.
Ads
“Boleh dikatakan ‘bulan’ yang saya maksudkan itu ialah isteri saya dan maksud Verlune itu sendiri melambangkan keteguhan, cahaya dan cinta,” katanya lagi mengenai haruman yang dijual pada harga RM198 sebotol.
Namun bersempena pelancaran pertama produk itu, pihaknya turut berbesar hati memberikan promo istimewa dengan menawarkan harga serendah RM149 sebotol.
Haruman ini boleh didapati menerusi media sosial selain platform dagangan e-digital TikTok Shop jenama ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Siti Sairah Tarudin baru-baru ini ada berkongsi perbualannya bersama doktor saat melakukan pemeriksaan rutin terhadap anak bongsunya.
Perkongsian tersebut dikongsi adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini menerusi Instagram, sehari lalu.
“Hari ni ibu chekup. Doktor @yuliarifuddin yang terperanjat berat badan turun.. ?
terima kasih @natalismothercare,” tulisnya.
Menerusi video tersebut, doktor ada memaklumkan mengenai berat badan Sairah yang sudah pun susut dari 88 kilogram kepada 71 kilongram selepas enam minggu bersalin.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Lalu ia disambut dengan tawa dan lirikan senyum dari Sairah sambil doktor turut menyarankan agar dirinya turut melakukan senaman selain mengambil diet menu sihat seperti yang diberitahu Saerah.
Perkongsian tersebut juga turut memberi inspirasi kepada peminat selain turut mendoakan agar Sairah dan bayi yang baru dilahirkan Disember lalu sihat sentiasa.
Apapun, kepada bakal dan para ibu, jangan ketinggalan untuk mengikuti musim terbaru program Pa & Ma yang ada mengupas mengenai isu Stres Di Kalangan Kanak-Kanak pada jam 12.00 tengahari 29 Januari depan.
Setiap Selasa, di Astro Prima dan Prima HD. Pelbagai isu dan kupasan menarik melibatkan ibu bapa dan permata hati akan dikongsi. Jangan lupa tonton okay!
Foto: Instagram Siti Saerah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bertuah sungguh aktres Bollywood terkenal ini apabila suaminya, Raj Kundra memindahkan hak milik apartment dan rumah di kawasan kelas tinggi, Juhu bernilai lebih RM21.5 juta kepadanya.
Menurut laporan zapkey.com yang disebut di dalam artikel portal Times of India, Raj yang juga ahli perniagaan, telah memindahkan harta bernilai Rs 38.5 crore atau bersamaan RM21.5 juta kepada isterinya itu.
Dalam dokumen yang diakses oleh sumber, ia menunjukkan bahawa Raj Kundra memindahkan bahawa sejumlah lima buah apartment dalam bangunan bernama Ocean View yang terletak di Juhu bersama-sama dengan keseluruhan ruang bawah tanah telah dipindahkan kepada nama isterinya.
Time India melaporkan lagi bahawa Varun Singh, Pengasas SquareFeatIndia.com berkongsi bahawa jumlah kawasan yang dipindahkan oleh Raj Kundra kepada Shilpa Shetty berukuran sekitar 5,996 kaki persegi. Ia juga merupkaan rumah yang telah gunakan oleh suami dan isteri ini sebagai alamat terkini mereka.
Shilpa, sebaliknya membayar duti setem lebih kurang Rm1 juta atau pun Rs 1.9 crore ke atas surat ikatan pemindahan. Dokumen itu dilapor telah didaftarkan pada 21 Januari 2022.
Pasangan ini telah berkahwin pada 2009 dan memiliki dua orang cahaya mata bersama. Tahun lalu Raj Kundra telah terpalit dengan kontroversi apabila namanya dikaitkan dengan isu berkaitan kes pornografi, walaubagaimanapun dia telah dilepaskan dengan ikat jamin.
Meski sudah lama pelakon senior Bollywood, Karisma Kapoor tidak muncul di layar perak, namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi.
Siapa yang boleh melupakan barisan filem lakonannya yang cukup melekat di hati pencinta filem Bollywood di negara ini seperti Coolie No. 1, Raja Hindustani, Dil To Pagal Hai, Hum Saath-Saath Hain dan banyak lagi.
Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial sekali gus berkongsi perihal aktiviti serta perkembangan terkininya.
Bagaimanapun, satu hal yang paling buat ramai kagum adalah apabila ramai yang perasan akan wajah serta bentuk badannya yang kekal menawan dan langsing, tak ubah ketika dirinya di julang sebagai Ratu Bollywood tak lama dulu!
Tidak dinafikan, figuranya seakan tak dimamah usia. Siapa sangka usianya kini sudah mencecah usia 46 tahun.
Malah, dia dilihat kerap berkongsi foro tanpa secalit solekan, sekali gus membuatkan wajahnya tampak lebih segar mempesona.
Dilahirkan di kalangan keluarga seni, bintang cantik ini dilahirkan di Mumbai, India pada 25 Jun 1974. Bapa ibunya, iaitu Randhir Kapoor dan Babita merupakan pelakon terkenal pada suatu ketika dahulu.
Sementara adiknya, Kareena Kapoor pula kekal aktif dalam dunia perfileman sehingga hari ini.
Kali terakhir Karisma membuat kemunculan dalam filem adalah menerusi Zero, yang ditayangkan lebih dua tahun lalu.
Foto: Instagram Karisma Kapoor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sukses! Mungkin itu gambaran yang boleh diberikan apabila tempat duduk Stadium Merdeka telah diisi lebih 25,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan Konsert The Journey...