Fattah Amin berkongsi kegembiraan di laman Instagram miliknya menerusi sekeping rakaman yang dimuat naik.

Menerusi video tersebut, Fazura nyata terkejut dan teruja dengan kejutan yang diberikan suami tercinta.

Aktor itu menghadiahkan jambangan bunga merah sempena ulang tahun kedua perkahwinan mereka.

“Loved you then, love you still, always have, always will. Happy anniversary Sayang, @missfazura,” tulis Fatah.

IKLAN

Nyata tindakan romantis pelakon Pujaan Hati Cinderella ini mendapat pujian peminat.

IKLAN

Rata-rata mendoakan agar pasangan ini terus bahagia harmoni.

IKLAN

Jambangan Ros Merah Dari Fattah Buat Fazura Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kedua Jambangan Ros Merah Dari Fattah Buat Fazura Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kedua

Fattah dan Fazura selamat diijabkabul pada 27 November 2017 di sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara.

Foto : Instagram Fattah Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI