Permasalahan rumah tangga yang melibatkan orang ketiga bukan satu perkara baru dan mungkin boleh berlaku di kalangan sesiapa sahaja.
Pelakon senior, Datin Seri Noniswara ada berkongsi pendapat mengenai isu curang dalam rumah tangga.
Pelakon senior berusia 50 tahun ini menambah, sebagai isteri kita tidak sepatutnya menceritakan keburukan suami pada orang lain.
“Jujurnya saya pernah perkara tersebut dan bagi saya, apa sahaja yang berlaku seboleh-bolehnya usah aibkan suami, terutamanya kepada orang luar.
“Saya percaya, dalam melayari alam rumah tangga akan ada pasang surutbya. Jadi sebagai wanita, hal sedemikian akan dialami tetapi biarlah kita sendiri selesaikan bersama pasangan.
“Isu ini biasa berlaku sama ada dalam kalangan artis atau sesiapa sahaja. Cuma kalaulah ia berlaku, akan lebih banyak memandang kepada golongan selebriti.
“Bila ia berlaku, netizen akan beri macam-macam telahan jika kita terlalu berkongsi. Jadi lebih baik serahkan pada Dia dan banyak-banyak pohon dia moga dipermudahkan masalah
“Daripada aibkan diri masing-masing, lebih baik kita diamkan sahaja dan cuba selesai sendiri bersama pasangan,” jelasnya kepada MH.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tidak menafikan pernah berdepan situasi yang lebih kurang sama menerusi perkahwinan terdahulu.
“Seboleh-bolehnya, saya tak nak mengeruhkan keadaan dan sebenarnya bila difikirkan, itulah yang terbaik.
“Sebagai seorang isteri, pasti kita akan rasa sedih, sangat perit. Malah rasanya seolah-olah dunia ini gelap sangat.
“Akan tetapi, bila rasa sudah tenang, bawa berbincang dan kalau sudah tiada jodoh, siapalah kita untuk meneruskan? Semuanya kepada Tuhan,” kongsinya lagi.
Sekadar infomasi, Noniswara sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Zakaria Rahman dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Selepas itu, bintang drama bersiri Cinta Bukan Kristal ini berkahwin dengan Datuk Rosman Ridzwan pada tahun 2006 namun berpisah pada tahun 2013.
Kini, Noniswara bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikahwininya sekitar tahun 2015.
Noniswara telah ditemui di majlis pelancaran produk penjagaan kulit Ali Zahra di Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad.