Pemergian penyanyi yang juga bekas anggota boyband popular, One Direction iaitu Liam Payne pada 16 Oktober lalu masih lagi dirasai para peminat di seluruh dunia.

Menerusi beberapa hantaran yang tular di media sosial, para peminat di seluruh dunia dilihat telah mengadakan acara tribute sebagai tanda penghormatan diatas pemergian artis kesayangan mereka itu.

“Jangan Bawa Budaya Ini Di Malaysia,” – Acara Tribute Mendiang Liam Payne Bakal Diadakan Di KL? Ini Respon Netizen

Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, stesen radio tempatan, Hitz mengumumkan mereka juga bakal mengadakan majlis tribute buat Liam di Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Oktober ini.

Malah, meraka juga menyarankan para peminat untuk membawa bersama foto, bunga, surat dan apa sahaja barangan memorabilia sebagai tanda kenang-kenangan buat mendiang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HITZ (@hitz)

“Buat seluruh Directioners yang hebat di Malaysia, marilah sama-sama sertai acara ini untuk meraikan memori yang tersemat dalam diri kita dan memperingati legasi indah Liam.

“Semoga berehat dalam ketenangan, Liam,” catat kapsyen hantaran tersebut.

Ads

Menerusi hantaran sama, lokasi spesifik mengenai acara ini hanya akan dimaklumkan kepada mereka yang menghubungi nombor telefon yang tertera pada poster.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik penganjuran acara berkenaan kerana merasakan ia bercanggah dengan norma-norma dan budaya di Malaysia.

“Tidak perlulah ada majlis tribute. Cukuplah kita menitipkan doa.

“Tak salah nak bersedih tapi janganlah bawa budaya ini dekat Malaysia.

Ads

“Ada yang lebih layak untuk mendapatkan memorial. Mereka adalah ribuan kanak-kanak yang mati dalam tidur di Gaza.

“Pada saya, yang beragama Islam tak perlulah sertai program-program macam ni. Banyak lagi cara lain kita boleh tribute atau tribute sahaja seorang diri. Saya juga peminat One Direction tapi sudah-sudahlah ikut budaya luar,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, Liam didapati mengambil pelbagai jenis dadah sebelum ditemukan mati minggu lalu.

Ads

“Jangan Bawa Budaya Ini Di Malaysia,” – Acara Tribute Mendiang Liam Payne Bakal Diadakan Di KL? Ini Respon Netizen “Jangan Bawa Budaya Ini Di Malaysia,” – Acara Tribute Mendiang Liam Payne Bakal Diadakan Di KL? Ini Respon Netizen

ABCNews melaporkan, hasil ujian toksikologi mendapati Payne mengambil kokain merah jambu yang merupakan dadah campuran methamphetamine, ketamin dan lain-lain bahan.

Selain itu, selebriti berusia 31 tahun itu turut mengambil dadah jenis kokain dan benzodiazepin di dalam bilik hotel susulan penemuan paip aluminium buatan sendiri di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun setakat ini, mayat Liam masih berada di Argentina sehingga prosedur bedah siasat selesai dibuat manakala proses pengebumian pula dijangka akan dibawa pulang ke England pada November depan.

Sekadar informasi, Payne disahkan maut akibat terjatuh dari balkoni tingkat tiga di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada 16 Oktober lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI