Menerusi entri terkini pelakon Hafeez Mikail, bintang ini ada meluahkan perasaan.
Perkonsian tersebut dibuatnya menerusi Instagram.
“Don’t be nice to me if u don’t like me,” tulisnya ringkas.
View this post on InstagramDon’t be nice to me if u don’t like me
A post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail) on
Lalu, perkongsian pelakon berusia 27 tahun ini mendapat perhatian daripada peminat.
Melihat di ruangan komen pada gambar tersebut, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat kepada bintang tampan itu untuk sentiasa kekal positif.
Untuk rekod, Hafeez telah dilahirkan pada 8 Ogos 1992 di Kuala Lumpur dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Rekaan Grafik dan Multimedia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.
View this post on Instagram#rawaislandresort #rawaisland #pulaurawa
A post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail) on
View this post on InstagramA post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail) on
Antara drama lakonannya ialah My Coffee Prince, Villa Ghazara dan banyak lagi.
Foto : Instagram Hafeez Mikail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Terkejut, Hilang Kata-Kata,” – Fashion Show Dapat Liputan Media Antarabangsa, Filem ‘Gangubai’ Alia Bhatt Jadi Inspirasi Nik Aswat
Pereka fesyen meningkat naik, Nik Aswat terharu apabila pertujukan fesyen pertama pertama yang disertainya bersama empat pereka lain mendapat liputan media di antarabangsa, baru-baru ini.
Mengambil inspirasi daripada filem Bollywood blockbuster, Gangubai Kathiawadi lakonan Alia Bhatt, Nik Aswat mengakui dia mengambil sisi positif yang ada di dalam figura terbabit untuk diterjemahkan di dalam rekaannya.
“Sejujurnya saya terkejut. Saya hilang kata-kata. Saya tak sangka fashion show pertama mendapat liputan media luar negara, terutamanya di India.
“Mungkin kerana inspirasi yang saya cuba paparkan menyebabkan ia menjadi bulan.
“Saya sangat terharu dan bangga kerana dapat mengangkat jenama Nik Aswat di peringkat antarabangsa. Saya gembira penggemar di Malaysia mula mempercayai jenama saya dan ia mula diperkatakan di luar negara,” katanya.
Mengambil masa dua bulan sebagai persiapan, Nik Aswat begitu teliti dalam menghasilkan koleksi untuk digayakan dalam pertunjukan fesyen sulung.
“Bermula dengan rekaan, perincian, persiapan dan sebagainya, saya memang memberikan usaha 100 peratus. Saya memang teliti. Saya juga buat kajian mengenai filem Bollywood terbabit.
“Impak liputan media antarabangsa, saya mendapat jemputan dari negara Nepal, India, Laos dan Indonesia untuk berkolaborasi. Semuanya masih dalam perbincangan tetapi ia mendapat respons positif.
“Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan dan mahu lebih menempa nama dalam bidang fesyen di dalam dan luar negara, Insya-Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nik Aswat yang memulakan kerjaya fesyen secara serius lebih dua tahun lalu berbesar hati apabila kini ramai yang mulai percaya dengan busana yang dihasilkan.
“Setakat ini saya bersyukur kerana rekaan turut mendapat kepercayaan dari kalangan pengasas produk yang terkenal, misalnya CheTa Pot Pet dan Mua Bella.
“Selain itu saya banyak ambil tempahan untuk busana perkahwinan, acara makan malam, persembahan dan sebagainya. ‘Market’ saya lebih cenderung di Utara Semenanjung,” katanya yang optimis untuk mengembangkan bakat rekaannya seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Bina Tahfiz, Janna Nick Tak Kisah Dikritik – “Kalau Berjaya, Saya Nak Buat Untuk Bantu Negeri Kelahiran Pula.”
Sebelum ini, hasrat penyanyi dan pelakon Janna Nick mengenai isu pembinaan pusat tahfiz dipertikai ramai pihak susulan sumber yang dikatakan haram menerusi pembabitannya dalam bidang seni.
Mengakui sedikit terkesan dengan komen-komen negatif tersebut, namun Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, tetap terus kental meneruskan pembinaan tersebut yang terletak di kampung halamannya di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
“Saya ingin jelaskan di sini yang menggerakkan usaha ini adalah Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor yang majoritinya adalah saudara-mara saya.
“Bapa saudara saya imam di situ. Kalau ada keraguan dalam perkara ini, saya hanya bertindak sebagai jurucakap menyampaikan hasrat orang kampung untuk tubuhkan tahfiz.
“Kalau orang nak menidakkan kata halal atau haram, tujuan saya menggunakan platform yang ada ke arah kebaikan. Terpulang orang nak terima cara bagaimana,” katanya.
Menurut pelantun lagu Gatal ini, dia menanam impian untuk membantu penduduk di Kedah pula selepas ini sekiranya projek tahfiz ini berjaya dilaksanakan.
“Sebenarnya tahfiz dah ada di masjid ini. Namun sekarang kelas dibuat di masjid. Tujuan kami nak besarkan untuk bagi peluang lebih ramai yang masuk.
“Kami bukan sasarkan tahfiz semata-mata, tapi ada rumah anak yatim, kompleks untuk kegunaan orang kampung seperti dewan dan sebagainya.
“Itu kehendak dan persetujuan orang ramai. Saya sebagai wakil dari kampung sendiri tempat saya membesar, mengapa tidak saya bantu mereka.
“”Sebabnya saya tahu mereka dah dua tahun kumpul dana, tapi gagal akibat pandemik Covid-19. Semua orang turut terkesan.
“Itu sahaja yang saya boleh bantu. Saya buat dengan skala kecil demi kampung sendiri. Kalau berjaya, saya nak buat untuk bantu negeri kelahiran pula,” katanya lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Janna kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem psiko thriller berjudul Jemputan Ke Neraka.
Filem arahan Amor Rizan itu memaparkan sisi lain Janna yang banyak bermain dengan ekspresi muka bagi menimbulkan tanda tanya di kalangan penonton.
“Ini ialah filem kelima saya melakonkan watak Ivy. Ia adalah watak yang polos. Seorang yang tidak tahu apa-apa dan sebagai pemerhati apa yang berlaku dalam sebuah banglo.
“Kisahnya membabitkan sekumpulan pelajar sekolah yang pernah buli seorang pelajar lain. Apabila habis sekolah berlaku balas dendam terhadap mereka.
“Saya adalah mata penonton dalam cerita ini. Watak Ivy agak mencabar sebab kena sentiasa berada dalam keadaan penuh tanda tanya,” katanya.
Selain Janna, filem yang menjalani penggambaran di Pulau Carey dan Kuala Lumpur itu turut dibintangi Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Amy Nurtinie, Hariz Hamdan dan Nick Syaf.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sesiapa Yang Tidak Merasai Kepentingannya, Maka Dia Perlu Menilai Imannya,” – Fedtri Yahya
Komposer dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya ada menitipkan kata nasihat kepada seluruh umat Islam agar sentiasa muhasabah diri apabila berbicara mengenai isu Masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestin.
Sebagai umat yang beragama Islam, pengacara Malaysia Hari Ini memberitahu untuk terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada diceroboh serta ditindas oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, pengacara berusia 39 tahun ini menjelaskan, Masjid Al-Aqsa memiliki kedudukan yang istimewa dalam Al-Quran dan ia harus dilindungi oleh seluruh umat Islam.
“Masjidil Aqsa memiliki kedudukan yang istimewa dalam Al-Quran dan juga hati setiap Muslim.
“Isu yang melibatkan Al-Aqsa adalah isu akidah bagi seorang Muslim dan kemanusian adalah sebahagian daripadanya.
“Sesiapa yang tidak merasai kepentingannya maka dia perlu menilai imannya,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian Fedtri tersebut.
Foto: Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI