“Rambut akan mudah rosak andai diwarnakan?” Jangan risau kerana dengan penjagaan dan pemilihan produk mewarnakan rambut yang tepat, sudah pasti situasi tersebut tidak akan sewenang-wenangnya berlaku terhadap mahkotamu.
Ini kerana, Garnier Color Naturals ini tidak mengandungi bahan kimia ammonia yang hanya boleh memberi kesan buruk pada tubuhmu dalam jangka masa panjang.
Ia tidak seperti produk pewarna rambut lain, item ini mesti dimiliki kerana ia berupaya membuatkan rambut menjadi lima kali lebih berkilau daripada kebiasaannya.
Memiliki rambut menawan persis lima barisan selebriti berpengaruh ini, Garnier Color Naturals juga langsung tidak mengeringkan rambut, malahan ia juga senang diurus dan dirapikan secara lembut.
Rambut berkilat dengan rona menawan kini bukanlah lagi suatu angan-angan, barulah boleh bergaya bak selebriti pujaan!
Lebih meyakinkan, Garnier Color Naturals ini juga turut mengandungi pelbagai bahan semula jadi. Nah, ia diperkaya dengan minyak zaitun, minyak badam dan minyak avocado.
Pada masa sama, produk ini hadir dengan pelbagai khasiat serum buah-buahan serta vitamin yang memberi banyak manfaat buat rambut ikal mayangmu itu. Lebih wow, ia juga mampu bertahan sehingga sehingga lapan minggu bersama inovasi Color Lock Technology di dalamnya!
Zizi ketika dihubungi Media Hiburan mengakui akan kepentingan buatnya dalam memastikan rambut sentiasa terjaga dan rapi.
Ads
“Sebagai selebriti, sudah tentunya saya mementingkan soal rambut kerana penampilan yang baik mencerminkan kepada personaliti, lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan peminat.
“Umum juga mengetahui saya juga antara selebriti yang gemar mewarnakan rambut. Jadi pastinya ini pilihan paling tepat buat saya kerana selain mewarna, ia turut merapi serta menyihatkan rambut,” katanya jujur.
Garnier Color Naturals juga boleh didapati dalam bentuk sachet, yang mana ia sesuai untuk diaplikasi kepada mereka yang berambut pendek atau sekiranya mahu membaik pulih bahagian akar rambut yang telah diwarnakan.
Malah, ia turut diperkayai dengan minyak badam dan Serum Extra Shine. Mudah dan boleh diaplikasi hanya dengan 15 minit, ia juga halal dan hasilnya, rambutmu akan lima kali lebih bersinar.
Ads
Hadir dengan harga RM19.90 sekotak dan RM8.40 untuk setiap sachet, produk ini juga boleh di dapatkan di farmasi, supermarket, hypermarket dan dalam pembelian menerusi ‘e-commerce juga.
Garnier Color Naturals kini halal (sila rujuk pada pek untuk logo halal) dan boleh digunakan tanpa was-was oleh umat Islam. #GarnierMalaysia
#WarnaBerkilauRambutTerawat
Lari daripada kebiasaan watak yang dijayakannya sebelum ini, pelakon Intan Najuwa berasa cukup teruja membawakan karakter wanita berperwatakan ‘boyish’ menerusi drama terbaharu lakonannya, Jodohku Babysitter.
Walaupun begitu, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, bersyukur dia tidak perlu mengorbankan rambut panjang yang selama ini menjadi imejnya bagi menjayakan watak Adelia Faranisa.
“Jujur sebenarnya watak Adelia memang berperwatakan kasar dan boyish. Walaupun begitu pengarah tak nak buat dia nampak terlalu boyish, Adelia masih ada keayuan dia.
“Memang pada awalnya pengarah nak minta saya potong rambut tapi setelah berbincang, watak ini boleh juga dibawakan dengan saya ikat rambut dan pakai topi.
“Tak semestinya kena potong rambut untuk nampak boyish,” kata Intan kepada MH dalam majlis sidang media drama Jodohku Babysitter yang diadakan secara virtual pada Rabu.
Jika diperhatikan kebanyakan naskhah drama yang pernah dibintangi Intan, kesemuanya memaparkan watak lemah lembut serta selalu dianiya.
Menerusi watak Adelia ini, Intan dapat menyerlahkan sisi lain dirinya kepada penonton yang selama ini mengikuti perkembangan karier seninya.
“Dalam drama ini saya hanya jadi diri sendiri… saya pun tidaklah sopan sangat. Untuk menampakkan karakter boyish, saya tonjolkan melalui cara berjalan serta percakapan.
“Dalam drama ini pun ada babak saya bawa motosikal, memang berbezalah daripada watak-watak yang pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya lagi.
Jodohku Babysitter yang diarahkan oleh Hadith Omar ini menampilkan gandingan pertama Intan bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.
Drama ini menghiasi slot MegaDrama Astro Ria (104) yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Selain Intan dan Aliff, drama ini turut dibintangi Yuna Rahim, Ellyas Abdullah dan Isaac Iman.
Ia mengisahkan tentang Adam, duda anak dua setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri.
Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adelia yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka di hati Adam serta anak-anaknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan mendedahkan dia tidak pernah menjangka jodohnya panjang dengan pelakon berkenaan hingga membawa ke fasa perkahwinan.
Lucunya, pada awal, Tya sangkakan bahawa suaminya itu seorang gay!
Tya berkongsi kisah berkenaan menerusi ruangan Instagram Stories Ask Me Question, awal malam tadi selepas ditanya salah seorang peminat.
“Tak…i ingat dia gay dulu. Sebab dalam filem Ular, dia bawak karektor gay. Sebab dia kan kalau berlakon macam real gila kan…
“So sumpah i ingat dia gay! Ahahahaha sorry sayang if you read this. I love you much much now,” kongsi Tya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena yang dilahirkan pada 24 Ogos 2016.
Foto: Instagram Tya Adnan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menyifatkan sebagai manusia, kita tidak berhak untuk menilai kehidupan orang lain terutamanya buat mereka yang sedang dilanda dengan pelbagai dugaan.
Menurut Bella yang juga merupakan isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz, kita sepatutnya melihat permasalahan orang lain dengan rasa belas kasihan selain turut mendoakan semoga Allah menunjukkan mereka jalan keluar yang terbaik.
Katanya lagi, dugaan yang berlaku terhadap orang lain turut boleh terjadi kepada diri kita sendiri seandainya kita tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
“Berhenti menilai orang. Itu tugas Yang Maha ESA bukan tugas anda. Sebaliknya lihatlah orang dengan belas kasihan & empati.
“Ingat, apa sahaja yang berlaku kepada mereka boleh berlaku kepada anda. Ia mampu bertukar. Allah s.w.t akan menunjukkan seberapa cepat anda boleh berada di kasut yang sama. Sentiasa merendah diri,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Bella turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa merendah diri dan berfikiran positif terhadap orang lain.
Sekadar informasi, Bella dan Aliff telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 9 September 2016.
Bagaimanapun, rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan mereka bercerai pada 2019 namun telah rujuk kembali semasa dalam tempoh iddah.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!