Jangan Berpura-Pura Baik, Zynakal Titip Kata Nasihat – “Mungkin Depan Kita Lain, Belakang Lain.”

Share

Penyanyi rap, Muhammad Raziq Rosli atau lebih dikenali sebagai Zynakal ada berkongsi cerita pengalaman yang pernah dilaluinya setelah hampir 5 tahun menceburi bidang karier seni nyanyian.

Akui Zynakal, dia pernah berdepan pelbagai kerenah dan sikap orang yang ada kala memandang rendah dengan kebolehan dirinya.

Malah, penyanyi berusia 22 tahun ini berkata, ada juga segelintir yang berpura-pura baik demi untuk menjatuhkan kejayaan yang dikecapinya sebelum ini.

“Sebenarnya ramai orang yang dikeliling kita yang kita tak tahu apa niat mereka nak buat pada kita, mungkin ada yang nak buat kita jatuh dan sebagainya.

“Kadang-kadang kita tak tahu mungkin depan kita lain, belakang kita dia lain,” katanya.

Dia pada masa sama turut mendedahkan, ada juga yang hanya mahu melihat sisi kejayaan sahaja tanpa mahu mengetahui dari mana datangnya punca sukses itu.

“Kadang-kadang orang cuma mahu lihat pada kejayaan kita sahaja, tapi orang tidak mahu lihat kita punya hasil atau cara kerja yang kita buat bagaimana susah payahnya untuk kita mencapai sesuatu kejayaan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Zynakal bersama rakan penyanyi Yonnyboii dan Asyraf Nasir melancarkan lagu singe terbaru berjudul Tak Sangka.

Jelasnya, lagu ini dihasilkan bagi memberi mesej dan kata nasihat kepada para pendengar supaya untuk berhati-hati dengan orang sekeliling yang mungkin berpura-pura baik.

“Sebenarnya lagu ni ia lebih kepada kata-kata nasihat, nak sampaikan kepada semua pendengar tidak kisah sama ada dia kenal saya atau pun tidak

“Lagu ini macam nasihat untuk orang ramai supaya beringat akan ada orang yang berpura-pura baik depan kita. Jadi mesej ini bukan sahaja untuk diri saya, tapi kepada semua orang,” katanya lagi.

Ketiga mereka ditemui pada sidang media secara virtual pelancaran single tersebut pada Jumaat.

Lagu tersebut telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital pada 20 Ogos lalu.

Foto: Instagram Zynakal, Yonnyboii, Asyraf Nasir

Published by
Nazar Rafiqhi