Selepas sukses dengan naskhah pertamanya, filem seram, Quite Place Part II dijangka bakal menemui penonton Mac depan apabila trailer rasminya sudah pun dilancarkan pada 1 Januari lalu.
Mendapat reaksi positif dari pencinta filem seluruh dunia, rata-ratanya tidak sabar untuk menyaksikan apakah kejutan serta debaran yang akan disajikan menerusi filem sequelnya.
Quiet Place Part II masih menampilkan beberapa karakter asal dari filem pertamanya seperti Evelyn Abbott lakonan Emely Blunt, Marcus Abbott (Noah Jupe) dan Regan Abbott (Millicent Simmonds) selain beberapa watak baru lainnya.
Sebelum ini, A Quiet Place berjaya melakar sukses tersendiri apabila meraih kutipan box-office mencecah US$340 juta.
Filem arahan John Krasinski ini mengisahkan ketabahan serta kekuatan sebuah keluarga yang telah terisolasi gara-gara terpaksa hidup dalam kesunyian.
Ia berikutan wujudnya makhluk ganas yang amat sensitif terhadap bunyi-bunyian, sekali gus memburu mangsa.
https://youtu.be/N85H8Qx4Im4
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boy or Girl?,” – Kongsi Momen Baby Shower Di Australia, Peminat Tak Sabar Tunggu Bayi Sulung Aiman-Zahirah!
Sedang menanti detik kelahiran permata hati sulung, pasangan selebriti, Zahirah MacWilson, 25 dan suaminya Aiman Hakim Ridza, 31, ada berkongsikan momen sekitar majlis baby shower khas buat tatapan peminat.
Berkongsikan kenangan indah itu di Instagram masing-masing, pasangan sama cantik sama padan ini kini mengisi masa di Perth, Australia bayi menyambut kelahiran anak sulung.
Diraikan oleh ahli keluarga dalam sederhana tetapi meriah, majlis turut dilangsungkan dalam tema kuning dan jingga cair.
“Oh, Baby. Thank you to everyone for making our baby shower a day to remember,” tulis bintang filem Bulan dan Pria Terhebat ini ringkas.
Malah momen sama turut dikongsikan ibu Zahirah, Maslinda Yusuff menerusi platform sama.
Sementara itu pada ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut tidak lepas peluang untuk saling berteka-teki mengenai jantina anak sulung pasangan.
Selain itu, mereka turut mendoakan agar urusan bersalin buat bakal ibu dipermudahkan kelak.
Terdahulu bulan lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga Zahirah selamat melahirkan.
Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya, Selangor.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dapatkan Tidur Yang Cukup Dan…,” – Siti Nordiana Perjelas Persembahan Di Semi Final Muzik-Muzik
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui dia tidak rasa penat atau ‘terseksa’ apabila menyampaikan dua buah lagu di saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik yang pertama, Jumaat lalu.
Malah, bintang ini mengakui mendapat rehat serta tidur yang cukup untuk membuat persembahan menerusi dua buah lagu, Hatiku Milikmu dan Satukan (duet bersama Khai Bahar) pada persembahan yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral itu.
“Saya dapatkan tidur yang cukup dan ada melakukan beberapa latihan. Biasanya sebelum buat persembahan pada waktu malam, saya akan menyanyi di rumah atau dalam kereta untuk biasakan diri.
“Tidaklah rasa tak selesa. Okay sahaja, enjoy je. Bila dengar balik dan maklum balas yang diterima pun okay. Saya tidaklah nak kata saya sudah puas hati, saya rasa masih boleh lakukan yang lebih baik.
“Cuma untuk malam ini saya rasa, tiada masalah atau ada isu penat dan sebagainya. Rasanya saya sudah bersedia untuk dua persembahan di semi final ini,” katanya kepada MH.
Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata demikian sebagai mengulas reaksi sesetengah pihak yang membayangkan persembahannya pada malam berkenaan tidak berapa meyakinkan.
Malah, ada yang menyifatkan nyanyiannya pada malam itu juga kurang merdu seperti kebiasaannya gara-gara turut beri fokus dengan komitmen lain.
“Kalau nak diikutkan mengenai pembahagian masa dengan nyanyian serta lakonan, kadang-kadang kita tiada piihan. Kena lakukan sahaja yang sudah dijanjikan.
“Amanah yang diberikan saya cuba buat sehabis baik, sama ada dalam lakonan atau nyanyian. Saya tiada pilihan memang kena harung walau kalau nak diikutkan setiap hari kerja memang penat. Sementara ada permintaan tu, kita cubalah berikan masa,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Satukan Rasa yang masih lagi berbaki.
Satukan Rasa yang kini bersiaran menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD turut menampilkan Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren dan ramai lagi.
Foto: Instagram Siti Nordiana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selepas 2 Hari Bertarung,” – Ain Sufia Selamat Bersalin, Terpaksa Guna Khidmat 3 Orang Doktor Pakar
Pelawak wanita, Ain Sufia menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya malam tadi di sebuah hospital swasta di Senawang, Negeri Sembilan.
Bayi lelaki cukup sifat itu dilahirkan tanpa sebarang komplikasi tepat jam 10.17 minit malam.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ain menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram awal pagi tadi.
“Alhamdulillah, selepas dua hari bertarung, pukul 10.17 malam tadi dia keluar. Semua cara ibu dah usaha. Hujung-hujung masuk bilik OT jugak.
“Nak keluarkan dia tricky betul yee. Anak nombor dia betul-betul bertuahhhh. Standby lah ayah @matnor_leeb ,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Ain memberitahu, ketika proses bersalin, dia terpaksa menggunakan khidmat tiga orang doktor sehingga menyebabkan dia harus ditempatkan di dewan bedah.
“Punya bertuah boy ni. Tiga orang doktor pakar kena datang hospital malam-malam. Bagi ibu explore macam-macam nak keluarkan dia. Bertuah anak nombor dua ni,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama, Nawfal Nak Raya ini juga turut memaklumkan anaknya kini berada dalam keadaan yang baik dan sedang ditempatkan di nursery buat sementara waktu.
“Ibu belum sempat pegang lagi. Masih kat nursery daripada malam tadi. Tengok masa lepas dia keluar je malam tadi,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Ain.
Untuk rekod, Ain dan suami, Mohd Nor Ab Mutalib selamat diijabkabulkan pada 1 Februari 2019 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 30 Oktober 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ain Sufia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI