Bakal menimang cahaya mata pada usia 55 tahun, penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie menegaskan tahap kesihatannya kini menjadi keutamaan agar dia dapat menjaga keluarga dengan baik.
Lantaran itu, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menasihati para suami yang sudah berusia untuk membuat persediaan dari segi kesihatan sekiranya mereka berhasrat untuk menimang cahata mata.
“Saya pernah bercakap dengan isteri, saya akan menjaga badan dan sentiasa memastikan diri sihat. Kalau tidak, bila hantar anak ke sekolah nanti, kawan-kawan dia ingat saya atuk dia pula.
“Ini merupakan satu cabaran buat individu yang sudah berusia bila mereka dikurniakan cahaya mata baharu.
“Jangan pula kau buat anak, selepas itu kau sakit. Kesian pada isteri dan anak itu. Tuhan beri saya cabaran untuk membesarkan anak ini dengan sihat dan baik.
“Kalau kita buat anak tanpa perancangan, pada saya, itu berdosa. Ibarat menganiaya isteri,” katanya kepada MH.
Ads
Awie berkata sedemikian ketika ditemui media pada sesi latihan kumpulan Wings bersempena Konsert Wings The Rock Emperor pada Selasa.
Ditanya mengenai reaksi anak-anaknya yang lain bila dimaklumkan mereka bakal dikurniakan seorang lagi adik, Awie memberitahu, mereka menerimanya dengan hati terbuka.
“Anak-anak ingat saya bakal sambut menantu. Rupa-rupanya bakal menimang cahaya mata. Anak-anak saya reda sahaja. Lagipun, bersama isteri saya ketika ini, kami baru punyai seorang anak.
“Dia juga ada bagitahu anak-anak lain, kalau boleh, dia mahukan seorang anak perempuan. Biar berpasangan. Kita doakanlah agar kandungan ini merupakan anak perempuan,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Awie turut mendedahkan perasaan bergelar bapa pada usia sekarang amat berbeza jika dibandingkan ketika usianya masih muda.
“Sakarang, saya lebih perihatin terhadap anak-anak. Ketika umur 30-an dulu, perangai tak senonoh sikit. Masa itu, saya muda dan tak begitu melihat tentang keluarga.
“Ketika ini, saya tak boleh kalau tak tengok anak. Berpisah tiga atau empat hari pun boleh meleleh air mata. Saya lebih fokus.
Ads
“Dulu pergi penggambaran sebulan pun tak kisah. Macam tiada anak. Itu bezanya ketika zaman muda dan bila meningkat usia,” akhirinya.
Terdahulu, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung pada 2020.
Awie sebelum itu pernah berkahwin dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha. Mereka bercerai pada 1 November 2014.
Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui, pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin kini sedang menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) selapas disahkan positif Covid-19.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat memaklumkan dirinya kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan selepas paras oksigen di dalam tubuhnya menurun sehingga tahap 94.
Katanya lagi, pihak doktor juga bimbang sekiranya dia mengalami sindrom Happy Hypoxia.
“Hari ni oksigen level abam drop to 94. According to doctor maybe disebabkan virus Covid tu dah serang paru paru abam. So dia kacau level oksigen abam. Doktor bimbang abam mengalami sindrom Happy Hypoxia.
“Nak tahu apa tu Happy Hypoxia. Sila google uols. Koser aku nak terangkan kat sini. Hehehe Tapi Happy Hypoxia ni sangat bahaya untuk pesakit Covid. Ianya dipanggil pembunuh senyap dalam keadaan pesakit itu tgh ‘happy’ ker gamaknya.
“Dia mungkin ingat dia okie macam normal people. Tak der sesak nafas. Boleh berjalan macam biasa tapi tanpa dia sedar kandung okisigen dalam badannya sebenarnya very alarming. Tahu tahu dia jatuh pengsan atau mati macam tu jer,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama, Takdir Yang Tertulis itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shahrulezad juga menasihati orang ramai supaya sentiasa menyediakan alat pengukur kadar oksigen atau oksimeter sebagai langkah berjaga-jaga di musim pandemik ini.
“So sebab tu setiap dari kita wajib ada satu alat oxymeter kat rumah masing masing untuk menyukat level oksigen kita. At least level oksigen kita tak kurang dari 95.
“Bawah 95 cepat cepat lah gi jumpa doktor WALAUPUN korang rasa korang sihat dan tak sesak nafas. Ingat lagi tak peristiwa ramai penduduk China/Wuhan dan dunia yg tetiba jatuh pengsan di tepi jalan? It most probably because of happy hypoxia syndrome.
“Derang ingat derang okie tapi apa yg derang tak tahu virus Covid tu dah kacau level oksigen dalam badan derang. Tahu tahu terbaring dan meninggal di tepi jalan tanpa sedar,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Shahrulezad turut memuji para petugas barisan hadapan yang berkhidmat di MAEPS kerana telah menjaganya dengan baik.
“So jaga diri yer kawan kawan. Abam bersyukur abam pilih Maeps sebagai tempat kuarantin. Kat sini frontliners dia cekap sepanjang masa monitor keadaam abam.
“Kalau kuarantin lat rumah ni mana aku nak cekau mesin oksigen ni? Haaa mesin basuh ada ler la uols. So beroksigen bagai la kita hari ni. Korang jga diri tau,” akhirnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan doa semoga Shahrulezad lekas sembuh seperti sedia kala.
Pada 2 November lalu, Shahrulezad telah memaklumkan dirinya telah disahkan positif Covid-19 bersama beberapa orang kru produksinya.
Buat pertama kalinya, pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari memuat naik gambar arwah suami, Ashraf Sinclair di Instagram selepas Allahyarhammeninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Foto tersebut kini telah mendapat satu juta tanda suka (likes) selepas dimuat naik tiga jam lalu.
“Hey You, I miss you… Each and everyday…,” tulisnya ringkas.
Pelakon dan hos, Haryati Hamzah mengakui dia pernah berasa bangga mempamerkan aurat kepada umum suatu ketika dahulu di saat awal pembabitan dalam dunia lakonan.
Cuba menjadi insan yang lebih baik, bintang berusia 41 tahun ini pada masa sama menasihati ramai untuk cuba rebut dan mengejar ganjaran pahala di bulan Ramadan ini.
Perkongsian tersebut dikongsikan Yatt menerusi satu entri di Instagram.
“Ramadhan Day 10. Dulu Aku pernah merasa bangga menayang auratku di khayalak. Kini Aku malu jika walau sehelai rambutku kelihatan.
“Jika kau sedang atau pernah merasakan yang sama, inilah namanya HIDAYAH,” tulisnya.
Dia pada masa menambah bulan kemuliaan ini merupakan detik keinsafan dan baginya, hidayah itu perlu dikejar bukan ditunggu.
“Ramadhan bulan keinsafan. Fokus utk jadi lebih baik, in shaa Allah HIDAYAH akan hadir. HIDAYAH perlu dicari bukan dinanti.
“Taglah sahabat2 yg sdg atau telah berhijrah. Keep supporting them. Besar pahala kebaikannya. In shaa Allah. SALAM 15 Ramadhan,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015.
Selepas itu, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Kini, Yatt sedang hamil anak kelima yang sudah mencecah usia lebih 6 bulan kehamilan.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...