“Jangan Buat Gimik Macam Ni…,” – Nabila Huda Nampak Kelibat Hitam Di Balkoni, Datuk Fizz Fairuz Tegur Jangan Buat Rakan Cemas

Share

Semalam, pelakon, Nabila Huda ada berkongsi detik cemas menerusi ruang Instagram Story miliknya dengan memberitahu dia seolah-olah terlihat satu bayangan hitam di balkoni rumahnya.

Pada masa sama, Nabila dilihat berada didalam keadaan yang sangat takut sehingga menangis teresak-esak.

“I tak tahu wey, I macam nampak kelibat orang dekat balkoni.

“Macam nampak tadi ada bayang hitam dekat luar dia nampak besar. Dia black color I tak nampak. Dia pakai baju warna hitam.

“I dont know, just nampak shadow. Aku rasa macam pencuri. Wey, macam mana ni,” kongsinya.

Video tersebut nyata mengundang rasa cemas di hati para pengikutnya termasuklah rakan artis, Datuk Fizz Fairuz.

Menurut Fizz, dia berasa sangat risau melihat keadaan sahabatnya itu dan berharap ini bukanlah satu gimik.

Fizz turut dikatakan terus bergegas pulang ke rumah selepas isterinya, Datin Almy Nadia memberi tahu mengenai insiden tersebut.

“Yes aku tau kau seorang pelakon yang sangat hebat, tapi benda-benda yang boleh menjatuhkan jantung kawan-kawan ni memang lagi hebat.

“Benda tu lakonan atau kenyataan kami tak tahu, yang kami tahu kau kawan baik aku tau! Paham takkkkk… @kupu_kupu .

“Please jangan buat benda gimik macam ni, aku serba salah kalau aku tak bantu kau.

“Aku berlari balik rumah, bila @almynadiaofficial bagitau ada orang masuk umah kau. Paham tak perasaan aku sekarang Cik Abill. Thank you so much,” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fizz menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap insiden yang menimpa anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu.

Sumber: Instagram Datuk Fizz Fairuz & Nabila Huda

Published by
MH