Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah, Datin Fauziah Sarman memohon jasa baik semua pihak agar tidak menunjukkan riak wajah yang sedih sekiranya bertemu dengan dirinya.

Jelas Fauziah, riak wajah tersebut hanya akan membuatkan dirinya teringat akan kesedihan.

Jangan Buat Muka Sedih Bila Bertemu, Ibu Shila Amzah Enggan Menangis

“Pada keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa di luar sana yang mengenali saya, kalau terjumpa, jangan buat muka sedih. Kalau saya nampak muka sedih kalian, saya akan menangis.

“Sedekahkan saya senyuman paling manis. Saya akan senyum pada anda,” tulisnya.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi, Datuk ND Lala itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.

Katanya lagi, dia akan lebih senang sekiranya orang ramai berkongsi reaksi ceria saat bertemu dengannya.

Sebelum ini, Fauziah sering kali berkongsi luahan hatinya di media sosial seakan memberi gambaran bahawa dirinya kini sedang berhadapan dengan ujian yang agak berat.

Ads

Malah, khabar angin yang mengatakan rumah tangganya kini didakwa sedang bermasalah turut bertiup kencang.

Hasil tinjauan MH, kelibat ND Lala turut tidak kelihatan sewaktu Fauziah dan keluarganya merakamkan foto hari raya.

Ads

Terdahulu, kemelut rumah tangga ND Lala menjadi bualan hangat selepas Fauziah secara terbuka memuat naik foto seorang wanita dalam Instagram mendakwa individu terbabit sebagai isteri kedua suaminya.

Baru-baru ini, kecoh apabila Fauziah dilihat hadir ke mahkamah, dipercayai bagi memfailkan perceraian.

Bagaimanapun, hal itu dinafikan oleh anak bongsunya, Syada Amzah.

Sekadar informasi, hasil perkahwinan bersama ND Lala, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nur Shahila (Shila), Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI