“Jangan Buat Untung Atas Kesusahan Orang Lain,” – Pemilik Jenama Pakaian Berang Dakwa Tshirt ‘Diciplak’, Tiada Jalan Mudah Untuk Berjaya Kata Shuib

Share

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai kisah seorang pemilik jenama pakaian lokal yang berang gara-gara rekaan baju-T keluarannya didakwa telah ditiru individu tidak bertanggungjawab.

Perkara berkenaan telah menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara kedua-dua belah pihak tersebut.

Lalu, insiden berkenaan nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelawak dan usahawan, Shuib.

Jelas Shuib, isu baju tiruan ini tidak sepatutnyaa berlaku kerana ia akan menjejaskan usaha dan nama baik jenama pakaian itu sendiri di kemudian hari.

“Baru-baru ni ade isu ciplak baju keluaran Semboyan @yusufazmi_s1m. Macam mana eh? Jangan nak buat untung diatas kesusahan orang lain!

“Orang lain berusaha buat itu dan ini demi mencari rezeki halal. Kenapa nak cari jalan shortcut? Shortcut yang akan menyusahkan orang lain,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh suami kepada penyanyi Siti Sarah itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Shuib turut menambah, dalam kehidupan ini, segala tindak tanduk kita hendaklah disertakan dengan usaha dan doa yang berterusan andai kita menginginkan kejayaan.

“Usaha dengan cara yang betul, InsyaAllah, Allah maha dalam segala, Allah maha membantu. Kita usaha dengan betul, doa, InsyaAllah kejayaan menyusul.

“Jom support #Semboyan, dapatkan tshirt Semboyan di saluran yang betul. Boleh check di ig @yusufazmi_s1m .Semoga urusan kalian dipermudahkan Amin,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen turut senada selain ada juga memberikan respon berbeza berhubung insiden berkenaan.

“Buat duit mudah bang orang-orang macam ni,” tulis seorang individu.

“Kami dalam ondustri printed ni dah biasa hasil karya kena ciplak oleh golongan peniaga foreigner terutama tshirt dan sublimation. Diorang akan print produk yang ada nama untuk keuntungan dan jual di pasaran luar,” komen individu lain pula di Instagram.

“Semua manusia ada buat silap. Tiada yang sempurna. Kemarahan kita ni memang kadang-kadang di luar kawalan,” ujar seorang individu.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

Published by
Aizam Manaf