Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai saranan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac agar pelakon muda tidak disolek kelihatan seperti orang tua dalam sesebuah drama atau telefilem.

Ia dibuat bertujuan menjaga hak dan kebajikan artis veteran.

Lalu, pelakon senior Edika Yusof turut mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri mengenai isu tersebut.

Menurut Edika, meski pelakon senior sudah berusia namun masih tetap berbakat dalam dunia lakonan.

Ujar pelakon berusia 52 tahun ini, dia berharap agar pelakon senior sentiasa diberi peluang meski pelakon baru kian bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan.

IKLAN

“Hi, me & the gang, Pasal artis lama dan baru ni tak payah susah2, Kita boleh jadi muda & berumur at any time. We 90’s artis ni flexible.

“Ada martial art, swimming, scuba diving, dancing, ada yang boleh buat stunts pun. jadi tak rugikan.

IKLAN

“Tv station & production lebih focus pada artis muda & juga pilih yang follower ramai.

Kalau FB & IG ni wujud dari zaman kita rasa2nya berapa followers kita orang?

IKLAN

“We are still relevant, dont kill our talents,” tulisnya di Instagram.

View this post on Instagram

Hi, me & the gang, Pasal artis lama dan baru ni tak payah susah2, Kita boleh jadi muda & berumur at any time. We 90's artis ni flexible….😅 Ada martial art, swimming, scuba diving, dancing😉 , ada yang boleh buat stunts pun. jadi tak rugikan…😉 Tv station & production lebih focus pada artis muda & juga pilih yang follower ramai. Kalau FB & IG ni wujud dari zaman kita rasa2nya berapa followers kita orang ?😅👍. We are still relevant , dont kill our talents….😊👌 . @esmadanial @eizlanyusof @edikayusofxx . . . . . . #flexibleactors #stillrelevant #specialskill #lookingyoung #workhard #tv3 #astro #rtm #production #actorlife #actor #finas #seniman #karyawan #berserahjanganmenyerah

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx) on

Apapun, ada baiknya untuk kita menghargai antara satu sama lain. Kalau tiada yang lama, tiada juga yang baru. Betul tak?

Foto: Instagram Edika Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI