Penyanyi dan pelakon, Azza Elite kini sedang bergiat aktif dalam bidang pengacaraan dan telah menjadi pengacara untuk sebuah rancangan membeli belah nombor satu di Malaysia iaitu Astro Go Shop.
Dalam kesibukan Azza menjadi seorang pengacara, Azza telah memuat naik satu gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen iaitu;
“Jangan cakap kasar dengan mak, jangan kedekut dengan mak. Jasa mak melahirkan dan membesarkan kita tak dapat dibalas dgn wang ringgit.”
“Kalau mak kita sorang sorang kt kg .mohon dengan Allah lindung mak kita ketika mak berseorangan.. deal..”
Ads
“Selamat bekerja bg semua yg bekerja untuk bantu ibu bapa kita. biar Allah berkat duit yg kita dpt. sedikit tetapi Allah redha .. akan terasa cukup,” tulisnya.
Pengacara Nabil Ahmad kuatkan hati, meski dilihat menitiskan air mata pada segmen awal program MeleTOP yang bersiaran secara langsung, pada Selasa.
Tampil mengemudikan MeleTop bersama rakan hos, Datin Lisa Surihani, Nabil tenang saat terkenang dan berkongsi cerita mengenai arwah bapanya Ahmad Haji Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Oktober lalu.
Lisa terlebih dulu merakam ucapan takziah buat Nabil seisi keluarga atas kehilangan bapa tercinta.
“Ini kali pertama saya berdepan dengan situasi macam ni. Bila melihat tahap oksigen arwah drop dan katanya perlu ditidurkan, saya cakap dengan diri saya ‘kalau ditidurkan, sekejap lagi dapat jumpa balik kot.’ Saya tidak terfikir itu kali terakhir saya dapat tengok dia.
“Saya macam… banyak benda ralatlah. Saya sebagai anak, saya rasa banyak benda yang tak sempat nak lalukan bersamanya. Masih banyak tanggungjawab yang sepatutnya saya langsaikan, bagi perhatian dan sebagainya,” luah Nabil.
Nabil pada masa sama menambah, dia memilih untuk kembali bekerja dan tidak mahu bersendirian bagi melupakan perkara itu buat seketika.
“Saya mula kerja ni Lisa sebab saya tak nak duduk sorang. Saya nak bergaul, berborak pasal kerja dan benda lain.
“Tapi itulah saya rasa syukur sangat dengan pengakhirannya. Pada saya, sangat baik. Dia pergi hari Jumaat, lepas tu kalam akhir dia dapat mengucap dengan baik.
“Saya adik-beradik mandikan dia dalam keadaan arwah tersenyum. Saya doakan semoga Allah mudahkan perjalan arwah dekat alam yang baru. Sebab kitaorang (keluarga) tak pernah kehilangan orang yang rapat, ini pertama kali,” katanya lagi.
Setelah hampir dua bulan cuti bersalin, akhirnya pengacara, Anim Ezati Rizki kembali memulakan tugasnya mengacarakan program, Malaysia Hari Ini.
Menurut Anim, dia mengakui perasaannya pada kali ini sedikit berbeza kerana semenjak bergelar ibu, dia merasakan seperti mahu cepat pulang ke rumah untuk sentiasa berada dekat dengan anak sulungnya itu.
“Kembali bersiaran setelah dua bulan cuti. Lain eh perasaan dia. Rasa nak balik aje. Haha! Balik-balik Khalsom tidur je punnnn.
“Bukan boleh berbual dengan kita pun. Tapi masih nak balik awal, nak tengok muka dia pun jadi. Mak-mak memang macam tu eh?
“Terima kasih semua yang ucap kembali bekerja buat saya. Masih kekok lah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Anim turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan selamat kembali kepada Anim.
Terdahulu, Anim telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Yara Alanna Khalsom pada tanggal 9 September lalu.
Anim mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Fadli Sahudin pada 28 Disember 2019.
Sumber: Instagram Anim Ezati Rizki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sweet Qismina menolak dakwaan segelintir pihak yang mengatakan perkahwinan sesama selebriti ini agak sukar untuk dipertahankan.
Menurut Sweet, soal jodoh dan pertemuan ini telah diatur dengan baik oleh Allah SWT selain turut menyifatkan segala yang berlaku di dalam perbuhungan merupakan pilihan individu itu sendiri.
“Nak kata perkahwinan sesama selebriti ini susah, pada saya, tidak. Ini jodoh yang telah ditentukan Allah SWT. Siapa kita untuk menidakkannya.
“Namun, ia secara tidak langsung telah membantu kami untuk lebih menjaga perhubungan suami isteri.
“Kita hidup di zaman media sosial. Sekecil-kecil perkara yang kita buat pun akan mudah viral walaupun bukan selebriti.
“Jadi, dengan status selebriti ini, kami lebih menjaga tingkah laku dan aib pasangan. Pada saya, itu adalah kelebihan bergelar pasangan selebriti,” katanya kepada MH.
Sweet berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem Babah yang berlangsung di Menara Ken, Kuala Lumpur pada Isnin.
Katanya lagi, dia dan suami yang juga merupakan aktor, Adam Lee lebih selesa untuk memberikan fokus terhadap keluarga sendiri dan menjaga hubungan baik dengan orang-orang di sekeliling.
“Bila melihat situasi semasa melibatkan rakan-rakan industri, kami sedaya upaya menjaga aib sendiri dan orang-orang di sekeliling agar aib kita juga tidak terbuka.
“Jika ada yang menegur kami terlebih mesra di media sosial, kami tidak marah sebaliknya berterima kasih.
“Mungkin betul kata orang, kalau menunjuk sangat, penyakit ain mudah datang,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee memaklumkan dia dan isteri akan sentiasa berusaha memperbaiki perhubungan dan saling menjaga hati pasangan.
“Munkin kami tidak berpura-pura dan mengikut sahaja apa yang telah diaturkan oleh Allah.
“Kenapa kami boleh bertahan sampai enam tahun sejak daripada fasa bercinta, jawapannya kerana kami tak pernah mengalah.
“Tahun pertama dan kedua itu memang agak sukar kerana perangai kami sangat berbeza. Namun, kami percaya antara satu sama lain.
“Lagipun, saya dan Sweet tidak pernah menggatal dengan orang lain. Kami hanya fokus dengan apa yang kami ada saat ini,” katanya.
Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022 dan baru sahaja menyambut ulang tahun kedua perkahwinan mereka beberapa hari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagu ‘Ala Joget Raya’ yang menampilkan Razak A’ai, Khaleesi dan Mortal Rhyme bukan sekadar lagu raya biasa, tetapi sebuah usaha untuk menghidupkan semula elemen...