Meskipun tiga minggu terperosok di tangga tiga terbawah sehingga menyebabkan penyingkiran di minggu ke-4, komposer dan juri tetap Big Stage 2023, Ajai tetap optimis yang Meer Nash mampu bergelar penyanyi yang baik.

Jelas Ajai, Meer Nash harus memanfaatkan popularitinya agar menjadi pemangkin semangat untuk menimba ilmu dan perbaiki teknik nyanyian.

Jangan Dibuai Populariti & Pujian Peminat Fanatik, Ini Nasihat Ajai Buat Meer Nash

“Dia masih muda lagi. Segalanya masih boleh digilap dengan adanya ilmu. Dia punyai kelebihan yang orang lain susah nak ada iaitu populariti.

“Ada orang yang pandai menyanyi tapi sampai sekarang orang tak hargai. Meer Nash pula, kemampuan menyanyi hanya 50 peratus tapi ramai yang nak hargai.

“Bukan mudah nak buat orang minat kita. Orang lain perlu ambil masa. Ada yang berusaha 20 hingga 25 tahun untuk buat orang minat. Buat orang benci lebih senang.

Ads

“Bakat datang dahulu. Kemudian, baru kita boleh cerita fasal populariti,” katanya kepada MH.

Ajai berkata sedemikian selepas usai konsert Big Stage 2023 yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Jangan Dibuai Populariti & Pujian Peminat Fanatik, Ini Nasihat Ajai Buat Meer Nash Jangan Dibuai Populariti & Pujian Peminat Fanatik, Ini Nasihat Ajai Buat Meer Nash

Kongsi Ajai lagi, segala aspek untuk menjadi penyanyi haruslah seimbang agar industri muzik tanah air dapat terus menghasilkan insan seni yang berkualiti.

Ads

“Ia seakan sudah menjadi trend masa kini apabila seseorang penyanyi itu memiliki populariti dan peminat yang ramai tapi suaranya tak bagus. Kita mahukan segala aspek sebagai penyanyi itu seimbang.

“Populariti itu akan datang bila kita punyai bakat. Janganlah populariti itu datang tanpa bakat. Ia seolah-olah kita menipu orang luar.

“Meer Nash kini hanya perlu perbaiki teknik nyanyian. Kita tak nak superstar tapi menyanyi flat,” ujarnya lagi.

Jangan Dibuai Populariti & Pujian Peminat Fanatik, Ini Nasihat Ajai Buat Meer Nash

Ads

Dalam pada itu, Ajai turut berharap agar para penyanyi masa kini tidak dikaburi dengan pujian daripada peminat fanatik yang seterusnya membuatkan mereka terleka daripada realiti.

“Bila penyanyi itu menyanyi salah tapi ramai pula yang suka sebab mereka punyai ramai peminat. Jadi, mereka ingat dia sepatutnya boleh jadi juara.

“Ada penyanyi yang bangga bila mereka naik ke pentas, ramai yang menjerit sukakan mereka.

“Tapi bila mereka menyanyi, para peminat ini hanya pura-pura sukakan nyanyian mereka. Mereka ini fanatik dan tak kisah suara sedap atau tidak. Mereka hanya mahu melihat penyanyi kesukaan mereka sahaja,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI