Pelakon dan penyanyi, Azira Syafinaz berharap agar semua pihak tidak menyalah tafsir mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu raya viral daripada kumpulan De Fam yang berjudul Alamak Raya.

Menurut Azira, lagu tersebut sebenarnya diinspirasikan daripada suasana terkejut ketika bulan Syawal jatuh sehari awal daripada tarikh yang dijadualkan pada tahun 2022 lalu.

“Jangan Fikir Deep Sangat, Enjoy Sahaja,” – Ada Salah Tafsir Lagu ‘Alamak Raya’, Ini Respon Azira Syafinaz

“Ada yang menganggap perkataan ‘alamak’ itu adalah salah untuk menggambarkan suasana hari raya. Kami tiada niat untuk mengatakan yang kami tidak gembira untuk menyambut hari raya.

“Segelintir pihak menyalah tafsir maksud lagu tersebut. Lagu kami diinspirasikan daripada kejadian ‘raya terkejut’ yang berlaku pada 2022.

“Lagu ini sepatutnya dilancarkan pada 2023 tapi terdapat kekangan masa. Jadi, kami lancarkan pada tahun ini,” katanya kepada MH.

Azira berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Sheriff yang berlangsung di GSC, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ads

“Jangan Fikir Deep Sangat, Enjoy Sahaja,” – Ada Salah Tafsir Lagu ‘Alamak Raya’, Ini Respon Azira Syafinaz “Jangan Fikir Deep Sangat, Enjoy Sahaja,” – Ada Salah Tafsir Lagu ‘Alamak Raya’, Ini Respon Azira Syafinaz

Katanya lagi, lagu ini tidak mempunyai maksud yang negatif sebaliknya De Fam hanya mahu berkongsi momen-momen lucu yang terjadi pada tahun tersebut.

“Kalau anda melihat semula bait-bait lirik, ia menggambarkan suasana huru hara sewaktu kita menyambut raya dalam keadaan terkejut.

“Ini adalah situasi yang semua orang boleh kaitkan. Hari raya memang momen yang sangat indah tapi ada juga momen-momen yang agak kacau dan tidak disangka-sangka akan berlaku.

Ads

“Kami hanya nak anda enjoy dengan lagu kami. Ia lagu yang menyeronokkan. Jangan fikir terlalu mendalam. Enjoy sahaja hingga habis Syawal nanti,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Azira akui teruja apabila lagu Alamak Raya ini turut menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia tetapi juga luar negara.

“Jangan Fikir Deep Sangat, Enjoy Sahaja,” – Ada Salah Tafsir Lagu ‘Alamak Raya’, Ini Respon Azira Syafinaz

“Peminat yang tag kami di media sosial. Kalau mereka tak bagitahu, kami pun tak tahu. Saya sangat terkejut bila ada kumpulan K-Pop wanita pun turut buat trend lagu ini.

Ads

“Saya pun tertanya-tanya macam mana mereka tahu lagu ini. Kami sangka lagu ini hanya akan berada di pasaran Malaysia sahaja.

“Namun, bila ia sudah mencapai pasaran yang lebih besar, jumlah tontonan juga meningkat dengan sangat laju. Kini sudah mencecah 15 juta di Youtube.

“Sasaran kami adalah 20 juta. Kalau capai sasaran itu, De Fam nak buat open house,” akhirinya.

Terdahulu, selain menerima respon positif daripada netizen, Alamak Raya juga tidak terlepas daripada kritikan segelintir pihak

Ada yang mengatakan lagu ini seakan tidak menghormati kehadiran bulan Syawal yang sepatutnya diraikan dengan rasa syukur dan teruja.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI