Baru-baru ini pelakon, Azrel Ismail ada mendedahkan hubungannya bersama aktres, Ruhainies berakhir mungkin disebabkan dirinya tidak berharta.
Lantaran itu, kenyataan kekasih Ruhainies yang dikenali sebagai Elf Johan sepertinya responnya mengenai isu tersebut.
Meski tidak menyebut nama sesiapa, namun ada meneka ia ditujukan buat pelakon lelaki berkenaan.
Berkongsi di laman Instagram baru-baru ini, Elf memaklumlan, semua orang berhak memberikan pendapat mereka tetapi harus diingat segala perkara di dunia ini ada batasnya.
“Everyone has their opinion in life, tho there is a limit in certain things. Being judged and criticized for something that is not true is menuduh and fitnah. Even the Qur’an says defamation is not forgiven lightly.
“She fell in love with me through who I am. Not for my HARTA but the bigger picture in life. What I’ve done, what I a’m and capable of doing. Which is giving my all, the best there is. I give the best for her because she deserve the best. She deserve everything,” tulisnya.
Jelas Elf lagi, Ruhainies jatuh hati padanya bukanlah disebabkan harta tetapi kerana kebolehannya untuk sentiasa menjadi yang terbaik untuk pelakon tersebut.
Alahai, manis sungguh ucapan Elf ni ye! Apa-apa pun, kita doakan sahaja yang terbaik buat kedua-dua pasangan ini.
Foto: Twitter Ruhainies