Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima menggesa semua pihak untuk tidak menggelarkan mereka yang terlibat dengan aktiviti pensundalan dan penghasilan video seks sebagai pelakon.
Menurut Erma, dia menganggap gelaran tersebut sebagai satu penghinaan buat industri seni tanah air.
“Kalau setakat berlakun jadi extra, harap janganlah hendaknya guna gelaran pelakon itu ya.
“Kesian industri kami,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Ads
Kenyataan Erma itu merujuk kepada tajuk berita sebuah portal akhbar tempatan yang melaporkan mengenai penahanan enam wanita dipercayai terbabit dalam rakaman aksi seks bersama seorang lelaki tempatan dikenali ‘Hot Daddy’ dan menjualnya di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyatakan pandangan yang sama selain turut mengeji perbuatan terkutuk itu.
“Ya betul,” komen pelakon terkenal, Nur Fazura.
“Memalukan. Macam tiada kerja halal nak buat,” kata seorang netizen.
Ads
“Seni itu amat tinggi martabatnya,” balas seorang individu.
“Itu bukan pelakon tapi penyundal,” tulis seorang netizen.
Jumaat lalu, lelaki tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’ yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ads
Lelaki terbabit, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 dan dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan
Mereka ditahan pada 17 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.
Siasatan oleh JSJ sebelum ini mendapati suspek menjual video berkenaan dalam aplikasi X dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Erma Fatima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi rock era 90-an, Izzaka atau nama sebenarnya, Mohd Zakaria Yaacob dilapor meninggal dunia pada usia 60 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak kira-kira pukul 11.45 malam Rabu akibat jangkitan kuman pada buah pinggang.
Memetik mStar, bekas isteri Allahyraham, Hazana Mohamad Zabandi, 47, ketika dihubungi berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 Mei lalu selepas mengadu sesak nafas.
“Saya datang melawat arwah pada malam raya dan dia berada dalam keadaan separuh sedar jadi saya terus bawa dia ke hospital.
“Asid dan gula dalam badan arwah terlampau tinggi dan telah memberi kesan kepada buah pinggangnya.
“Pada awalnya doktor syak ada gas tetapi selepas buat pemeriksaan rupa-rupanya ada nanah dan perlu membuat rawatan bagi membuang nanah daripada merebak ke jantungnya,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, Hazana berkata, keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot dan terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Selepas buat pemeriksaan melalui CT scan pada raya ketiga, dia tak sedarkan diri selama enam hari sehingga raya kelapan. Doktor bagi ubat tidur untuk rehatkannya.
“Tapi pada malam raya kesembilan tu, selepas rawatan membuang nanah, saya pergi melawat dia sekali lagi dan cuba bersembang dengannya tapi matanya tak terbuka, hanya air mata berlinangan,” katanya.
Allahyarham pernah berkahwin dengan Hazana dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.
Jenazah akan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh.
Izzaka sebelum ini terkenal dengan lagu berjudul Singkapkan Nur Suci dan Bunga Dedap selain pernah merakam sebuah lagu duet bersama bersama Ziana Zain menerusi lagu Hadirmu.
Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga Allahyarham.
Pelakon Amar Baharin memaklumkan khabar duka apabila anak sulungnya, Aqeef Anaqi terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta, pada Ahad pagi.
Suami kepada pelakon Amyra Rosli ini memberitahu, Anaqi mengelami gejala muntah yang teruk menerusi satu hantaran yang di muat naik di akaun Instagram miliknya.
Di samping meluahkan rasa kebimbangan, Amar berharap anak pertamanya itu diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.
“Anak soleh hero daddy 3 kali muntah pagi ni… get well soon abang @aqeefanaqi insyallah. Allahummasyfi Anaqi. Allahummasyfi Anaqi. Allahummasyfi Anaqi,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan doa buat permata hati pasangan pelakon ini.
“Alamak kenapa hensem boi ni Amar? Speedy recovery Anaqi,” tulis seorang wargamaya.
“Semoga Allah lindungi dan diberi kesembuhan.. insyallah.. aamiin,” titip peminat.
“Semoga Anaqi cepat sembuh. Aamiin yaa Mujib,” titp seorang netizen yang lain.
Sekadar informasi, pasangan pelakon ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi,4 dan Ayra Arysaa, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amar Baharin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Tak payah bagitahu. Kita tahu haha. Kita naik badan melampau ni. Asyik makan sahaja kerja. Padan muka. Muka kita pun sudah macam mempelam dah awak,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Abby turut mendedahkan pembedahan bariatrik tidak akan berkesan sekiranya tidak menjaga disiplin pemakanan dan malas senaman.
“Produk bariatrik yang gagal. Sebab tu pada siapa-siapa yang nak kurus, cakap buat je bariatrik buleh kurus. Ingat semudah itu? Tidak ya.
“Lepas buat, kalau tak pantang makan, tak buang gula dan tak bersenam, tiada makna ya. Sama je.
“Naikk balik, sudahnya berat kita 80kg tak bergerak-gerak ni,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Abby kini berhasrat untuk mencuba produk-produk makanan tambahan boleh membantunya menguruskan badanz
“Kita kena buat sesuatu la wak. Kita nak ambil produk la untuk kurus. Cadangkan produk apa yg sesuai. Yang comfirm kurus.
“Tolong kongsikan. Nak exercise tapi esok ke esok, sampai sudah,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Abby difahamkan telah menjalani pembedahan bariatrik pada tahun 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!