Hiburan

“Jangan Gelar Mereka Pelakon, Kesian Industri Kami,” – Erma Fatima

Share

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima menggesa semua pihak untuk tidak menggelarkan mereka yang terlibat dengan aktiviti pensundalan dan penghasilan video seks sebagai pelakon.

Menurut Erma, dia menganggap gelaran tersebut sebagai satu penghinaan buat industri seni tanah air.

“Kalau setakat berlakun jadi extra, harap janganlah hendaknya guna gelaran pelakon itu ya.

“Kesian industri kami,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Kenyataan Erma itu merujuk kepada tajuk berita sebuah portal akhbar tempatan yang melaporkan mengenai penahanan enam wanita dipercayai terbabit dalam rakaman aksi seks bersama seorang lelaki tempatan dikenali ‘Hot Daddy’ dan menjualnya di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyatakan pandangan yang sama selain turut mengeji perbuatan terkutuk itu.

“Ya betul,” komen pelakon terkenal, Nur Fazura.

“Memalukan. Macam tiada kerja halal nak buat,” kata seorang netizen.

“Seni itu amat tinggi martabatnya,” balas seorang individu.

“Itu bukan pelakon tapi penyundal,” tulis seorang netizen.

Jumaat lalu, lelaki tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’ yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Lelaki terbabit, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 dan dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan

Mereka ditahan pada 17 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.

Siasatan oleh JSJ sebelum ini mendapati suspek menjual video berkenaan dalam aplikasi X dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Erma Fatima

Published by
Aizam Manaf