Pelakon, Datuk Adi Putra menyatakan pendirian tegasnya buat sesiapa sahaja masih mengecam tanpa usul periksa terhadap usaha amal pendakwah bebas, Ebit Lew.
Menurut Adi Putra, dia tidak akan teragak-agak untuk ke ‘depan’.
“Siapa sahaja yang menghentam Ustaz Ebit Lew tanpa usul periksa, saya tak teragak untuk ’KEDEPAN’.
“Biar menunjuk yang ada niat dari dihentam pada yang lemah.
“Jangan hanya berani bercakap mahupun yang komen kalau tak gentle. Harap maklum #taatpadayangsatu ,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Adi Putra menerusi laman Instagram miliknya.
Entri tersebut kemudiannya tular selepas meraih lebih 60,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Melihat di ruangan tersebut pula, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap respon yang diberikan aktor terbabit.
Terhadulu, Ebit menerusi laman Facebook ada membuat permohonan maaf jika niatnya untuk membantu golongan susah itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Sumber: Instagram Adi Putra