Pelakon Syed Ali telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Syed telah meluahkan rasa marah kepada individu yang tidak dikenali.
“ISU ARTIS TAK DE JOB ! ISU ARTIS DEMAND ! ISU ARTIS TARIK DIRI DARI BIDANG INDUSTRY
“APA PENTANDANYA INI ?
“ALHAMDULILLAH… SAYA TUKAR BIDANG KEPADA BUSINESS DAN ALHAMDULILLAH…HASILNYA HEBAT…
“REZEKI ALLAH ITU LUAS… JANGAN (KORANG) HARAP SANGAT DENGAN INDUSTRY SENI MALAYSIA NI.
“OH ARTIS DIVA ? JUST GO TO H!
“Ko dapat payment pun ciput, tapi ko DIVA? who are u? hehe.. Selamat Hari Raya..”tulisnya.
View this post on InstagramKo dapat payment pun ciput, tapi ko DIVA? who are u? hehe.. Selamat Hari Raya.. 😊
A post shared by Syed Ali (@syedalitarmohd) on
Lantas, luahan pelakon berusia 34 tahun itu telah menjadi perhatian peminat.
Rata-rata perkongsian Syed telah menjadi tanda tanya kepada peminat.
Alahai, lagi beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut syawal, janganlah marah-marah. Tak gitu?
View this post on InstagramSelamat bersahur kome.. masak apa tu? suap skit! 🤤
A post shared by Syed Ali (@syedalitarmohd) on
Foto : Instagram Syed Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kini Bergelar Isteri Juruterbang, Mimie Haris Kongsi Foto Indah Majlis Resepsi Perkahwinan
Pengacara, Mimie Haris kini telah sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir.
Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris melangsungkan majlis pernikahan di Royale Place, Shah Alam pada Ahad.
Di samping itu, majlis pernikahan turut dihadiri oleh rakan selebriti Fatin Afeefa, Ika Nabella dan Anis Al-Idrus sebagai pengapit kepada pengantin perempuan.
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
Dalam pada itu, menerusi entri terkini Mimie di Instagram, pengacara rancangan CJ WOW SHOP ini turut berkongsi momen ketika melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di The Venue, Shah Alam.
Majlis resepsi tersebut diraikan dengan penuh meriah bersama keluarga dan rakan selebriti.
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
Terdahulu, Mimie pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015.
Walau bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada Ogos 2016
Foto: Instagram Mimie Haris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Dimegahkan Sangat SPM 7G Tu,” – Ilmu Tak Penting? Ini Teguran Pengarah Budak Ijat
Pengarah, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat ada memberikan pendapat ikhlasnya mengenai sikap segelintir pihak yang merasakan ilmu bukanlah sesuatu perkara yang penting terutamanya di era serba moden ini.
Menurut Shahrulezad, walau sesukar mana pun kehidupan seseorang itu, ilmu seharusnya menjadi keutamaan.
“I think I desperately need to share this. Sebesar besar kekayaan ialah kaya ilmu dik. Not how much money you earn everyday. Di samping kita menyeru kepada positivity setiap hari. Abam jugak menyeru kepada adik adik instafemes di luar sana menyeru kepada perkara yang benar. Iaitu kepentingan ilmu.
“Ilmu ada lah segala-galanya. Tak kira lah kau cuma mampu tinggal di rumah kotak sekali pun. Tak kisahlah kalau kau cuma berkereta kancil. Janji kau berilmu dalam pelbagai bidang. Jgn dimegahkan sangat dengan SPM 7G tu. Dihina pun jangan,” katanya.
Budak Ijat berkata sedemikian menerusi sebuah posting yang dikongsikan di laman Instagram.
Jelas pengarah drama Nur itu lagi, dia turut menyeru individu-individu di luar sana terutamanya para personaliti media sosial untuk berhenti memberi bayangan kepada pengikut-pengikut mereka bahawa tanpa ilmu mereka juga boleh berjaya.
“Tapi jangan sesekali mengelirukan adik adik kita diluar sana dengan memberi bayangan yg ilmu tu tak penting. Demi Allah ilmu adalah yg PALING penting sekali. Islam menuntut kita berilmu bukan suruh kita mengejar kefemesan dalam mencipta kekayaan.
“Apatah lagi bermegah megah dengannya atas alasan motivasi yg palsu. Real motivation here is KNOWLEDGE!
“Tanpa ilmu mencipta aplikasi media sosial yang adik gunakan sebagai lubuk buat duit. Adik sudah pasti tak akan merasa sama sekali memiliki mustang yang adik dok megah megahkan tu.
“Untuk jadi kaya menggunakan medsos macam adik ni pun perlukan ilmu dik. Bukan semata mata pada rupa dan nasib,” katanya lagi.
Shahrulezad turut menambah, ilmu yang dicari akan sentiasa bawa kita ke hadapan manakala populariti pula hanyalah bersifat sementara.
“Ilmu tak akan susut nilai. Kereta Mustang ya! Abam bukan cemburu tau. Abam cuma kesian melihat mindset sesetengah instafemes yg alahai…bijik kacang hijau pun lagi besar abam rasa.
“Ditakdirkan suatu hari nanti seluruh internet di dunia ni lumpuh. Apa kau nak buat dik? Modal apakah lagi yg boleh kau guna selain dari ilmu untuk meneruskan kehidupan.
“Guys, We are not only need to spread positivity dalam hidup tapi kita juga terdesak untuk menyebarkan kebenaran yang benar. Apa yang adik ‘bertuah’ ni cuba sampaikan pada ‘rakyat jelata/follower’ dia sangat misleading dan kita WAJIB perbetulkan.
“Salam hari Isnin utk semua. Trust me. Kefemesan yg kita kecapi hari ni jugak adalah satu ujian dari Allah yg akan kita dipersoalkan di akhirat kelak,” akhirinya.
Sumber: Instagram Budak Ijat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Merendah Diri, Bersedekah Dan Ingat Rezeki Datang Dari Allah,” – Dedikasi Pekin Ibrahim, Nasihat Buat Suri Hatinya Mona Allen
Pelakon dan pengrah Pekin Ibrahim, ada meraikan sambutan ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Mona Allen lalu ia diabadikan di Instagram.
Meski disambut secara sederhana bersama sebiji kek, si isteri yang dirai turut berkongsi foto kucupan mesra dari si suami di pipi.
Pada masa sama, bintang filem Suatu Ketika itu ada memberikan ucapan seterusnya menitip pesanan buat suri hatinya itu.
View this post on InstagramA post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on
“Selamat Hari Ulang tahun kepada isteriku @mona.allen, supaya 2020 Allah memberi u kesihatan yang baik, rezki yg melimpah ruah, dan segala perancangan kita di permudahkan & di berkati oleh Nya.
”Merendah diri, bersedekah, dan sentiasa ingat rezki itu datang dari Allah. Sebagai anak seni, berkaryalah, dan sentiasa sedar ruang & terus belajar utk memperbaiki diri.
”InsyaAllah akan di kenang sampai bila-bila. Amin, love u,” tulis Pekin sambil disambut dengan ucapan doa serta dedikasi dari peminat.
Terharu atas titipan kata yang diberikan, Mona dilihat turut memberikan respon.
Terdahulu, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Foto: Instagram Pekin Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI