Di kala semua masjid dan surau ditutup sementara dalam kaedah mencegah penularan wabak Covid-19, tentunya satu kesukaran buat sebilangan warga yang masih bekerja untuk menunaikan solat fardhu, lebih-lebih lagi yang bertugas sebagai rider motorsikal penghantaran makanan.
Menerusi perkongsian video di laman Instagram Jasmin Hamid, kelihatan seorang rider Foodpanda sedang menunaikan solat di luar masjid demi menunaikan rukun Islam yang kedua disebabkan kekangan waktu penghantaran yang semakin padat atas Perintah Kawalan Pergerakan
“ALLAHUAKHBAR.. Solat adalah tiang agama.. Perkara PERTAMA yang akan di HISAB.
Solat lah kamu walau apapun keadaan kamu.. .
“Tentunya ada HIKMAH di atas apa juga Musibbah yang Allah turunkan untuk menguji keimanan dan kesabaran setiap hambaNya. Siapa yang BERIMAN, siapa yang dah mula BERUBAH kepada jalanNya atau siapa yang masih LEKA dan ANGKUH..
“JANGAN HENTI SUJUD kepadaNya, memohon KEAMPUNAN di atas Segala dosa-dosa yang kita lakukan.. Jangan putus berdoa, pohon padaNya untuk beri kita kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dugaanNya.. .
“Buatlah aktiviti yang berfaedah buat masa ini.. Pada yang masih sihat, syukur alhamdulillah.. Allah masih beri kita peluang untuk bersujud kepadaNya.. MOHON KEAMPUNAN kepadaNya.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Kuasa, Maha Baik, Allah Segalanya..
“Pada yang di timpa sakit Wabak dan sebagainya, jangan putus berdoa kepadaNya.. Minta di angkat segala penyakit dan di berikan kesembuhan sediakala.. .
“Pada rakyat Malaysia, JOM kita sama-sama perangi WABAK ini supaya kita dapat hidup seperti dulu.. MALAYSIA HEBAT!
MALAYSIA HEBAT!
MALAYSIA HEBAT!,” kongsinya.
Semoga pengorbanan warga yang masih bekerja dihargai dan didoakan semoga Malaysia dapat melepasi ujian ini sebelum menjelang Ramadan.
Foto : Instagram Jasmin Hamid