Pelakon dan pengarah, Namron menerusi laman Instagramnya menegaskan jangan sesekali menghukum kerana kita bukan tuhan.
Jelasnya, hargailah walau apa juga rupa paras, status kekayaan serta sikap seseorang.
“Jangan hina orang huduh kerana mereka kita nampak lawa. Tak ada huduh takan ada lawa kalau semua orang lawa macam mana nak kata kita lawa.
“Hargailah depa tanpa mereka siapa kita. Begitu jugak dengan kaya miskin, susah senang, pandai bodoh, jahat baik and so on.
“Jangan menghukum kita bukan tuhan,” jelasnya panjang lebar.
Perkongsiannya menerima respon pelbagai netizen yang nyata bersetuju dengan kata-kata yang ditulis.
Jelas mereka, masyarakat kini gemar menjatuhkan hukum selain ada memberikan komen melampau.
Foto : Instagram Namron