Selepas berkongsi ciri-ciri hubungan toksik di Instagram, hos dan pelakon Sarah Hildebrand ada menyatakan 9 cara bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa si dia.
Ulasnya apa yang penting ialah, seseorang itu harus kuatkan hati dan nekad dengan keputusan yang dibuat.
“Bagaimana untuk beralih arah?
1. Jujur dengan diri sendiri
Benarkan diri untuk benci pasangan yang melayan kita sesuka hati. Menangis. Percayalah, anda akan menangis dengan banyak. Jangan salahkan diri. Anda telah lalui banyak kesakitan dan sudah terlalu penat.
2. Sediakan diri untuk melalui waktu peralihan
Anda mungkin tidak akan lalu makan atau tidur. Anda perlu berehat dan bersedia untuk melalui fasa ini. Jalaninya dengan tenang.
3. Jika sudah membuat keputusan untuk beralih arah, tekad.
Berhenti hubungi si dia. Putuskan segala hubungan. Jangan biarkan dia hubungi anda. Sekat dia daripada kehidupan jika perlu.
4. Jangan hiraukan perasaan dia.
Fikir sudah berapa lama anda abaikan perasaan sendiri. Jika kita asyik fikirkan perasaan dia, dia akan mula ragu-ragu. Jika anda risaukan seseorang yang asyik sakiti hati, berhenti dan beritahu diri bahawa anda layak dapat yang lebih baik. Percayakan Allah untuk bawa anda ke realiti yang lebih bagus. Mungkin kita akan merana namun ia berbaloi.
5. Jangan gantikan dia dengan seseorang
Ada yang katakan cara terbaik untuk lupakan seseorang adalah cari pasangan baru. Tapi ini bukan caranya jika anda sedang pulih daripada hubungan toksik. Malangnya anda sedang rapuh dan peluang untuk tertarik dengan individu toksik yang lain sangat tinggi. Jangan hiraukan orang lain. Belajar sayangi diri sendiri dahulu.
6. Terima hakikat masa sudah terbazir dan hubungan itu palsu.
Sedarlah, walau apa yang dia katakan, hubungan ini adalah palsu. Jika tidak anda tidak perlu lalui semua ini.
7. Detoks Diri
Buang semua foto, mesej dan memori si dia. Buang nombor telefon dan emel. Buang segala benda yang mengingatkan kita kepada si dia. Dia tidak memberi kita kebahagiaan, jadi bersihkan segalanya daripada hidup.
8. Berada dengan individu yang menyokong
Luangkan masa dengan individu yang mahukan yang terbaik untuk kita. Kasih sayang dan semangat yang diberikan akan meningkatkan keyakinan.
9. Berhenti tanya kenapa
Semua berlaku punya sebab tersendiri. Teruskan bersyukur dan percaya aturan Allah.
Kuatkan diri,” tulisnya panjang lebar
Sarah pernah menjalin hubungan dengan Nabil Mahir selama lima tahun sebelum membuat keputusan berpisah pada Februari lalu.
Nabil mendedahkan dia telah membelikan sebentuk cincin untuk melamar namun tidak kesampaian apabila hubungan putus di tengah jalan.
Foto : Instagram Sarah Hildebrand
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI