Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mendedahkan dirinya ada membuat panggilan video untuk menghubungi sahabatnya yang juga penyanyi dan pengacara, Alif Satar yang ketika ini sedang menjalani tempoh rawatan Covid-19 di Hospital Besar Negeri Melaka.
Menerusi perkongsian tersebut, Zizan dilihat memberikan kata-kata semangat buat Alif yang kini sudah pun hampir 12 hari ditahan di hospital.
Menurut Zizan, dia berharap agar Alif dapat sentiasa berfikiran positif dan tidak terlalu mengambil pusing mengenai cakap-cakap orang lain.
“Banyak sangat baca pun buat kita serabut juga. Aku tahu kau sihat je. Aku tahu tahap imunisasi kau okay sebab kau orang sukan.
“Kau jangan ikut perasaan yang buat kau susah hati. Kadang-kadang perasaan tu yang buat kau lagi sakit. Aku nak kau okay je,” katanya memerusi panggilan video tersebut.
Di ruangan kapsyen, pelakon filem Polis Evo itu turut menyeru orang ramai supaya minitipkan doa buat Alif serta ahli keluarganya yang lain agar segera sembuh daripada wabak Covid-19 ini.
“Sama sama kita doakan semoga @alifsatar cepat sembuh dan negative result nya untuk next swab secepat mungkin.
“Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin InshAllah amin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sayu melihat perkongsian tersebut.
Terdahulu, Alif mula disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu, sehari selepas dia membuat persembahan di semi final Muzik Muzik 35 (SFMM).
Sumber: Instagram Zizan Razak