Pelakon Faezah Elai ada memuat naik foto jari tangannya yang kelihatan mempunyai kesan kekuningan.
Malah tulisnya secara seloroh menerusi ruangan kapsyen di Instagram, peminat usah ingat wajah yang cantik persis artis Hollywood, Jessica Alba pun mempunyai tangan yang sama cantik.
“Kalau tangan licin maka tk mkn lah anak2 and laki hakak dik.. depa sibuk upload gambaq makanan nk buka posa,nahh hakak boh gambaq tangan baru rare.. ayaq tangan baru lepaih masak nk bukak posa,” kongsi Faezah.
Ads
Malah, isteri kepada pengarah Heykal Hanafiah ini juga turut memaklumkan dia tidak berapa mahir merakam video saat memasak menggunakan telefon bimbit.
“Hakak tk reti nk amik video sambil masak takut telepon jatuh dlm kuali jenuh menangis tepi bucu dapoq.. Gambaq makan hakak boh dlm ig story na.. Selamat berbuka,” tulisnya panjang lebar.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai netizen yang rata-ratanya memuji Faezah yang tidak segan sebaliknya mempamerkan realiti dalam kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu.
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Shahida menceritakan detik cemas saat salah sebuah bilik di rumahnya terlibat dalam kebakaran malam tadi.
Menurut Shahida, kebakaran yang berlaku di bilik salah seorang pekerjanya itu berpunca daripada ‘powerbank’ yang dikatakan terlampau panas lalu membakar tilam di bilik tersebut.
“Rumah saya terbakar. Ya Allah syukur la nasib perasan sebab ada bau asap. Rupanya-rupanya punca dia dari power bank.
“Korang hati-hati ya kadang-kadang kita tak sangka benda kecil pun jadi punca. Jangan pula kata saya gimik nak bakar rumah buat content.
“Bilik staff saya Idris yang terbakar. Lepas ni power bank kalau tengah panas-panas lepas charged jangan letak atas katil gaiss,” tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun, ibu kepada lima orang meluahkan rasa syukur kerana kebakaran tersebut berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Tambahnya lagi, dia berharap agar semua pihak membuat andaian melulu dengan menyifatkan insiden tersebut sebagai konten semata-mata.
“Alhamdulillah kami semua selamat yang paling kecoh @aliffsyukriterlajaklaris. Api dah padam baru dia nak call bomba
“Pemadam api ada tapi bila dah panik kita pun lupa rumah kita ada. Ingat air je dalam kepala,” kongsinya lagi.
Video yang memaparkan detik mencemaskan yang turut mengejutkan seluruh penghuni rumah itu turut dikongsilan oleh Aliff menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa lega selain turut menasihati Shahida untuk memasang alat pemadam api di setiap bilik di rumahnya.
“Allahuakbar, bahayakan powerbank. Mungkin dicaj terlalu lama. Bateri dia terlampau panas kot. Takut rasanya.
“Fire extinguisher wajib ada dalam setiap rumah. InsyaAllah langkah awal tu penting. Take care semua.
“Alhamdulillah semua selamat.
“Ya Allah Datin. Nasib baik semuanya tiada apa-apa. Atas tilam pula tu seram.
“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Shahida telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datin Seri Nur Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak merasakan peningkatan usia sedikit sebanyak membuatkan dirinya membataskan aktiviti bersosial seterusnya memilih kerap menghabiskan masa dengan diri sendiri dan keluarga.
Menurut Zizan, perasaan sedemikian timbul selepas negara berdepan dengan pandemik COVID-19 sebelum ini.
“Ketika ini, saya merasakan diri saya lebih ‘introvert’. Kalau pergi apa-apa acara, saya nak terus balik rumah bila selesai. Saya tak tahu sama ada ia merupakan ‘mid life crisis’ atau hal lain.
“Kalau acara yang melibatkan orang ramai, saya jadi segan sikit. Mungkin ia juga merupakan impak daripada Covid-19 lalu.
“Saya jadi kerap bertanya kepada pengurus mengenai acara yang akan saya hadiri dan sama ada mereka sediakan jalan belakang. Saya bukan nak jadi superstar tapi segan nak berjumpa orang,” katanya kepada MH.
Malah jelasnya lagi, dia juga kini jarang berkongsi hal peribadi di media sosial melain urusan kerja.
“Dahulu pun tenang juga walaupun kerap berjumpa ramai orang. Rasa seronok dapat bergelak tawa.
“Malah, di media sosial juga, saya hanya memuat naik gambar dan kemas kini apa yang boleh. Kalau melibatkan kerja, saya akan kongsi.
“Kalau tiada kerja, saya akan muat naik gambar-gambar lama. Saya tidaklah semata-mata buat photoshoot untuk gambar baharu.
“Saya pun kurang gemar ulas hal-hal di media sosial tapi saya menghormati cara masing-masing. Orang lain ada pendapat sendiri. Begitu juga saya.
“Saya tidak akan mengulas kecuali ada temuramah. Saya hanya kongsikan pandangan dan tak berhak menghentam sesiapa,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai imejnya yang kini dilihat lebih bersih dan bebas gosip, pelakon filem Polis Evo ini mendedahkan dia sudah matang bila menguruskan urusan peribadi.
“Gosip fasal saya selalunya mengenai teman wanita sahaja. Bila lama tidak bercinta, tiadalah gosip itu. Selain gosip bercinta, saya memang minta dijauhkan daripada isu lain.
“Saya tidak kesal dengan isu yang pernah menimpa saya sebelum ini. Saya anggap sebagai proses pembelajaran dan kematangan.
“Kalau nak dating pun pandai-pandailah. Dahulu kita memang suka berkongsi. Namun, hari ini, kalau saya bercinta lagi, selagi tiada persetujuan dua keluarga, saya tidak akan tunjuk.
“Biarlah betul-betul sahih dan nak berkahwin,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar akhirnya mengucapkan selamat tinggal terhadap kediamannya yang terletak di Denai Alam, Selangor.
Beberapa bulan sebelum ini, Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, berkata dia terpaksa menjual rumah berharga RM1.2 juta itu kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Shuk berkongsikan video menunjukkan proses mengemas perabot serta barangan peribadi sebelum rumah dua tingkat itu diserahkan kepada pemilik baharu.
“InsyaAllah ada yang lebih baik.Bye-bye Ferrea (nama taman perumahan),” tulis Shuk.
Rakan selebriti turut mendoakan yang terbaik buat Shuk serta mengharapkan dirinya dimurahkan rezeki di masa akan datang.
“InsyaAllah ada rezeki yang lebih baik lepas ni sahabat,” tulis Balkisyh Semundur Khan.
“Ya Allah babe, Semoga Allah selalu lindungi korang sekeluarga ya.Amin yra,” tulis Vicha.
Namun tidak kurang juga ada di kalangan netizen mengaitkan perkara itu sebagai balasan kepada Shuk kerana pernah berlaku curang terhadap isterinya sebelum ini.
“Sebenarnya jadi pengajaran buat semua.Isteri itu pintu rezeki buatmu.Kau berjaya macam mana sekalipun, sebahagian rezeki itu milik isteri dan anak-anak.
“Senang je nak murah rezeki, jaga isteri dan anak-anak.Jangan curang, insyaAllah, rezeki masuk.
“Pengajaran yang bernilai, semoga dijadikan iktibar untuk semua.Karma is real.Bila kau sakitkan hati isteri yang baik dan setia,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia dua tahun.
Kisah pergolakan rumah tangga Shuk dilaporkan sudah beberapa kali berlaku dengan seorang wanita yang sama sejak beberapa tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuk Sahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon tersohor Hollywood, Demi Moore, diumumkan sebagai wanita paling cantik dunia tahun 2025 oleh majalah antarabangsa People, susulan kejayaan cemerlangnya menerusi filem The Substance.Pelakon...