Tidak dinafikan, memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ibu bukan satu perkara yang mudah.
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Lufya Omar ada berkongsi cerita mengenai hal tersebut menerusi salah satu entri terkininya di Instagram.
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata, dia akui bukan mudah untuk seorang ibu lebih-lebih lagi apabila perlu menjaga anak yang ramai.
“Sekian terima kaseh Haura. Tajuk drama arini, kita sibuk masak die sibuk mengemas.
“Jangan ingat surirumah kat rumah tu duduk senang lenang ya. Ni baru anak 1! kalau anak 9 pengsan!
“Tapi fya salute la mummies yg blh jaga anak ramai2 ni sendiri. Macamana die bahagikan masa untuk semua ni.
“Rasanya takde masa nak masuk toilet la macam ni hahahaha. Sayang la semua mummies yang kuat dan tabah.
“Sambungannya…Tengok kat story apa jadi lepas tu…,” tulis Lufya.
Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laan Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, Lufya telah bercerai dengan suaminya pada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Lufya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Merupakan Pinangan Orang,” – Mira Filzah Perjelas Status, Persiapan Majlis Kahwin Kini Di Peringkat Awal
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mendedahkan dirinya kini sudah pun dipinang seseorang.
Malah bintang ini turut memberi bayangan seolah-olah bakal ada satu majlis istimewa yang akan berlangsung Oktober depan.
“InsyAllah, apa sahaja nanti pun media akan dijemput. Kita ada wakil yang akan melakukan semua itu.
“Dalam tempoh dua bulan ni saya ada juga sibuk mengenai hal lain juga.
“Persiapan sekarang tengah on going. Berapa percent tu saya tak boleh untuk kongsi apa-apa lagi. Masih lagi di peringkat awal,” katanya.
Mira berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Nurflix.tv di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis.
Ketika ditanya seolah-okah dia kini dilihat lebih terbuka berkongsi perihal sisi peribadinya di media sosial, ini respon yang diberikan oleh hos Nona itu;
“Tidaklah terbuka sangat. Biasa-biasa sahaja tapi Mira masih lagi keep personal live private juga.
“Status sekarang saya merupakan pinangan orang,” katanya mengenai status diri.
Bagaimanapun, Mira menjelaskan, dia tidak akan sesekali merahsiakan perkara seperti ini daripada pihak media.
Sebaliknya, akan terbuka untuk berkongsi segalanya bila tiba waktunya nanti.
“Sebenarnya perkara-perkara seperti ini Mira diminta untuk keep it low.
“Tapi macam Mira cakap sebelum ini kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan bagi tahu.
“Kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media. Tambah pula sekarang ini bila Datuk Seri Ismail Sabri ada bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.
“InsyaAllah bila tiba masanya kita akan jemput semua dan di situ kita akan jelaskan segalanya,” katanya lagi.
Sebelum ini, hangat diperkatakan di media sosial bahawa Mira akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati Wan Emir Astar pada Oktober ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Tertipu Dengan Ahli Bathil,” – Perhimpunan Di Gowa Sulawesi Pecahan Tabligh Alami, Jemaah Tabligh Sri Petaling Tidak Berhimpun. Azwan Mazlan Dakwa Fitnah Kepada Agama
Tular di media sosial sehingga menjadi kritikan pelbagai pihak apabila perhimpunan yang melibatkan hampir 9,000 jemaah tabligh di Gowa, Sulawesi Selatan didakwa tetap berlangsung meski seluruh dunia berdepan penularan COVID-19.
Namun bekas pelakon Azuan Mazlan menegaskan, jemaah tersebut merupakan pecahan tabligh Alami dan bukan daripada iktimak Qudama dan Ulama di Masjid Seri Petaling sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Dia turut merayu agar masyarakat tidak tertipu dengan ahli bathil kerana jemaah dari Sri Petaling dan Markas Dunia Nizamuddin India tidak berhimpun di mana-mana buat masa ini.
Malah, kesemua mereka taat pada perintah dan prihatin akan nyawa insan sekeliling.
“Saya merayu.. jangan tertipu dengan ahli bathil.. jemaah tabligh yg sebenar dari Sri Petaling atau dari Markas dunia Nizamuddin India tidak berhimpun di mana2 buat masa ini. Mereka taat pada perintah kerajaan dan isu semasa serta nyawa orang sekeliling.
“Ya Allah, sehingga kami tidak terlawan dengan bathil di sekliling kami ini Ya Allah.
“Bantulah kami Ya Allah.. berikan bantuan Mu dengan janji2 Mu Ya Allah.. benar sabdaan Rasulullah saw, “Di akhir zaman nanti yang Haq akan nampak tak baik dan yang bathil akan nampak baik”.
“Apabila keluarnya Dajjal Laknattullah ini akan membawa syurga di tangan kanannya dan membawa neraka di tangan kirinya. Sedangkan yg kanan itulah neraka dan yg kiri itu adalah syurga yg sebenar disisi Allah swt.
“Jangan tertipu sahabat2 ku!!! Sahabat2 sekalian hati2 dengan media masa yang di kontrol oleh yahudi ini. Mereka takkan Redho selagi Islam masih ada di muka bumi ini. Jgn sesuka hati share perkara yg belum sohih dan tak betul.
“Mereka (yahudi) pengikut2 Dajjal nak usaha agama ini nampak jahat bermula 2020 ini. Mereka sanggup upah syarikat swasta utk menghentam orang yg buat usaha agama ini supaya manusia diluar sana keliru mana satu yg betul dan ditambahkan lagi dgn fitnah2 yg membuatkan ustaz2 dan penguasaha agama ini tak betul.
“Mereka menghentam sesiapa saja yg bantu agama Allah ini. Mereka memutarbelitkan isu2 agama supaya Islam ini nampak teruk. Yang sedihnya ramai orang2 Islam kita yg mempunyai hampir 60 akaun di media sosial yg dibayar gaji sebanyak rm7k sebulan semata2 utk mencaci Islam. Kerana dunia sanggup gadaikan agama!!!
“Korang tolong tambahkan lagi ilmu agama supaya kita boleh kenal musuh kita yg sebenar, banyakkan baca pengertian Al-Quran dan hadis2 Rasulullah saw. #SaadAbiWaqas,” ulasnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7) on
Terbaharu, melalui satu kenyataan yang dibuat oleh Gabenor Sulawesi Selatan dan Bupati Gowa, Nurdin Abdullah menyatakan bahawa acara ini akhirnya dibatalkan setelah mencapai kata sepakat dengan penganjur bagi menghalang penyebaran wabak COVID-19.
Pada masa sama, kesemua peserta akan dikuarantin sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
Foto : Instagram Azuan Mazlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Fikir, Pegang Saham Akhirat,” – Yana Samsudin Cari Berkat, Jadi Duta Baju Kurung & Menutup Aurat
Pelakon Yana Samsudin terharu di atas penghargaan pihak Anggun Cotton Collection yang kekal percaya dengan pemilihan dirinya sebagai duta untuk kesekian kalinya.
Menurut Yana, 38, tiada resipi kejayaan spesifik yang membawa kepada kerjasama baik itu. Sebaliknya dia percaya usahanya dalam menggalas amanah sebaik mungkin membawa hasil yang positif.
“Alhamdulillah tahun ini menjadi tahun yang ketiga saya bersama Anggun Cotton Collection. Terima kasih kerana pihak mereka masih mempercayai kerja saya, mesti saya tidaklah kerap muncul di kaca televisyen.
“Bila bercakap mengenai jadi duta, ia bukan kerja yang mudah sebab kita memegang kepercayaan klien, kita adalah ‘muka depan’ kepada sesebuah produk itu. Jadi saya cuba untuk membawa kepercayaan orang dengan sempurna dan sebaik mungkin.
“Untuk saya, kita sebagai duta perlu faham pahit jerih berniga ni bukan senang. Pastinya bila klien lakukan pelaburan pada kita, kita pun salah seorang pekerja mereka. Jadi kita kena percaya bahawa kita juga sebahagian daripada kaedah pemasaran dan perlu bersama-sama dengan mereka.
“Jujurnya saya pula saya kalau nak bawa sesebuah produk, saya fikir dan pegang saham akhirat itu. Saya akan pilih produk, kalau ia membawa manfaat pada agama, saya akan ambil.
“Malah biarlah sesebuah produk itu tidak memudaratkan orang lain. Misalnya ini Baju Kurung yang menutup aurat, persalinan Muslimah. Malah orang Islam yang jalankan perniagaan ini, kenapa kita tak sama sama menyokong. Jadi itulah, atas rasa ikhlas dan mereka pun jujur dalam berniaga,” katanya kepada MH.
Yana berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Konsert Jelajah Suria x Anggun Cotton Collection di Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, pengasas bersama jenama berkenaan, Tuan Mohd Shazrin Yahya pula senang dengan sikap dan karektor ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Kali pertama kami bertemu Yana ketika sebuah program di Negeri Sembilan dan pada waktu itu dia sedang mengandung. Saya ada beritahunya insyaAllah selepas ini mungkin kita akan bekerjasama dan sekarang inilah dia.
“Sebab kami meneruskan Yana sebagai wajah wakilan kerana kami senang dengan personalitinya. Malah dia pun tidak sombong selain pelanggan juga menyukainya. Kata mereka, Baju Kurung memang sinonim dengan Yana.
“Sampai ada yang cakap ‘Anggun Yana’. Jadi kita buat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan Yana. Nampaknya dia masih relevan dalam kalangan pengguna kita,” katanya.
Turut hadir pada majlis sama ialah barisan pengasas lainnya, iaitu Puan Noraini Hanipah, Puan Norafizah Hanipah dan Tuan Adzim Zakaria.
Bersempena dengan Siri Jelajah Suria yang dibawakan oleh Anggun Cotton Collection (Jelajah Suria Anggun Cotton Collection) mereka bakal menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan 80an, 90an dan terkini.
Lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists dan Khai Bahar bakal memeriahkan siri jelajah tersebut.
Artis lain yang turut serta termasuk Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Newboyz, Xpose, Azan Scan, Misha Omar, Venus, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos dan ramai lagi.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, program itu adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan pendengar.
“Pada jelajah kali ini, kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama akan berikan kelainan buat para pendengar dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur.
“Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth ‘Kedai Suria’ seperti edisi terhad,” katanya.
Anggun Cotton Collection turut mengeluarkan lima edisi khas yang hanya boleh didapati sepanjang siri jelajah tersebut berlangsung.
Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan bermula di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu, diikuti Kedah (Aman Central, Alor Setar) pada 19 Februari, Pahang (Kuantan City Mall) pada 25 Februari dan Kuala Lumpur (Tropicana Gardens Mall, PJ) pada 4 Mac 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI