“Jangan Ingat Suri Rumah Kat Rumah Duduk Senang Lenang Ya,”- Bukan Senang Nak Jadi Ibu, Ini Luah Lufya Omar

Share

Tidak dinafikan, memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ibu bukan satu perkara yang mudah.

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Lufya Omar ada berkongsi cerita mengenai hal tersebut menerusi salah satu entri terkininya di Instagram.

Jelas ibu kepada seorang cahaya mata, dia akui bukan mudah untuk seorang ibu lebih-lebih lagi apabila perlu menjaga anak yang ramai.

“Sekian terima kaseh Haura. Tajuk drama arini, kita sibuk masak die sibuk mengemas.

“Jangan ingat surirumah kat rumah tu duduk senang lenang ya. Ni baru anak 1! kalau anak 9 pengsan!

“Tapi fya salute la mummies yg blh jaga anak ramai2 ni sendiri. Macamana die bahagikan masa untuk semua ni.

“Rasanya takde masa nak masuk toilet la macam ni hahahaha. Sayang la semua mummies yang kuat dan tabah.

“Sambungannya…Tengok kat story apa jadi lepas tu…,” tulis Lufya.

Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laan Haura, 2 tahun.

Bagaimanapun, Lufya telah bercerai dengan suaminya pada 17 Jun lalu.

Foto: Instagram Lufya

Published by
Nazar Rafiqhi